TAKLIMAT KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Undang-undang pilihanraya sudah wujud

 
 

LIMBARUH HIJAU 11 MEI 2008 - SECARA teknikalnya, Negara Brunei Darussalam sudah mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan berhubung proses perjalanan pilihanraya untuk memilih perwakilan-perwakian rakyat menduduki kerusi di Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang telah di pinda pada 29 September 2004 memperuntukkan 45 kerusi bagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang mana 15 darinya terdiri dari perwakilan rakyat yang akan dipilih melalui proses pilihanraya.

Perkara berhubung undang-undang dan peraturan pilihanraya di sentuh oleh Dk Hajah Siti Rahmah bin Pengiran Haji Mohmad, Timbalan Penasihat Undang-Undang ketika menjawab pertanyaan Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman mengenai kedudukan persediaan yang sedang atau akan di buat oleh negara selaras dengan kehendak Perlembagaan yang telah memperutukkan sistem perwakilan rakyat dalam MMN.

Sdr Morshidi juga meminta penjelasan dari Jabatan Peguam Negara berhubung sebarang keperluan untuk memperkenalkan ataupun menggubal dan meminda undang-undang dan peraturan-peraturan berhubung dengan sistem perwakilan yang telah diperuntukkan tersebut.

Menurut Dk Hajah Siti Rahmah sejauh pengetahuan beliau, tidak ada keperluan buat masa ini untuk memperkenalkan atau menggubal sebarang undang-undang dan peraturan baru pilihanraya yang sebenarnya telah sedia wujud sejak tahun 1960an lagi.

Bersandarkan penjelasan yang dibuat oleh wakil-wakil Jabatan Peguam Negara di sesi taklimat 'Kefahaman Undang-Undang dan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam' itu, kedudukan proses perlaksanaan selaras dengan kehendak Perlembagaan tersebut diserahkan kepada pihak Kerajaan untuk membuat ketetapan.

Dalam lain perkataan, keputusan untuk melaksanaan perkara tersebut adalah hak mutlak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di Pertuan Neara Brunei Darussalam.

Maka adalah tidak tepat jika kita menggambarkan atau diberikan gamabaran bahawa pihak-pihak tertentu sekarang sedang membuat kajian untuk memperkenalkan undang-undang dan peraturan berhubung pemilihan perwakilan melalui proses pilihanraya seperti yang di peruntukkan dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

Seperti yang pernah digambarkan oleh Baginda Sultan dalam beberapa titah Baginda, proses perlaksanaan sistem perwakilan akan mengambil kira kesediaan dan kematangan rakyat untuk menjadi pelaku yang baik dan berdisiplin dalam sistem (berkonsepkan 'nilai dan imbang' dan berakauntabiliti) tersebut.

Baginda juga pernah menitahkan bahawa Baginda akan terus memerhatikan perjalanan MMN dan akan membuat ketetapan yang diperlukan jika ada kesesuaiannya.

NDP dalam konteks, ini menghoramti sepenuhnya dan bersetuju ianya adalah menjadi hak Baginda Sultan untuk membuat keputusan tersebut.

Makanya NDP sejak penubuhannya lagi telah lebih menumpukan usaha membina keupayaan ahli-ahlinya dan usaha meningkatkan kesedaran berpolitik ahli-ahli parti dan masyarakat umum selaras denagn hasrat Baginda Sultan untu melihat rakyat baginda menjadi rakyat yang matang dan aktif dalam berbangsa dan bernegara menurut lunas-lunas falsafah Melayu Islam Beraja.

Sementara itu sesi taklimat juga mendengar penjelasan-penjelasan berhubung isu-isu permasyuran undang-undang daruat, penggibaran bendera 'Sang Setia', isu kebankrapan, isu cukai pintu dan isu-isu lain berkaitan topik taklimat tersebut.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.