LIMBARUH HIJAU 05 MEI 2008 - Pentingnya sistem pengurusan dan pentadbiran Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dipertingkatkan dengan penggunaan penuh teknologi info komunikasi (ICT) telah ditekankan di Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah Se Negara (MPPD) Suku Ke Dua yang berlangsung di The Holiday Lodge Hotel, Jerudong pada Sabtu 03 Mei 2008 baru lalu.
"Mengenai dengan meningkatkan penggunaan ICT di semua Badan Perhubungan ini pernah saya sentuh dalam ucapan alu-aluan saya di MPPD pertama. Setakat ini saya belum nampak kesedaran sirius semua perengkat tentang kepentingan ICT pada hari ini", ujar sdr Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP ketika berucap di pembukaan rasmi MPPD 2 tersebut.
Beliau seterusnya mencadangkan sebagai langkah awal keberkesanan saranan itu ada baiknya Badan-Badan Perhubungan ke empat-empat daerah mendapatkan akaun Email masing-masing.
Beliau juga menyarankan agar semua ahli Majlis Tertinggi juga berusaha mendapatkan akaun email mereka.
Katanya secara teknikalnya, domain Aspirasi-NDP mempunyai keupayaan yang cukup untuk menyediakan akaun-akaun email kepada Badan-Badan Perhubungan dan juga kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi.
|
|
Malai Hassan Othman selaku penyunting dan webmaster Aspirasi-NDP ketika dihubungi menjelaskan laman Aspirasi-NDP mempunyai kapasiti untuk hosting akaun email yang mencukupi untuk keperluan ahli-ahli eksekutif Badan-Badan Perhubungan dan juga ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kapasiti Asprasi-NDP untuk hosting email yang lebih banyak lagi dapat dipertingkatkan jika diperlukan, jelasnya.
Setakat ini Presiden, Timbalan Presiden, Jabatan Setiausaha Agung NDP (JASA), Setiausaha Agung sendiri, Aspirasi-NDP, webmaster dan Biro Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KeKWa) telah pun memenafaatkan kemudahan tersebut.
Akaun email Presiden ialah presiden@aspirasi-ndp.com, Timbalan Presiden ialah timbalan_presiden @aspirasi-ndp.com, JASA ialah jasa@aspirasi-ndp.com, Setiausaha Agung ialah amino@aspirasi-ndp.com, webmaster ialah aspirasi@aspirasi-ndp.com dan KeKWa ialah mhmsndp217@aspirasi-ndp.com.
Beliau seterusnya menyarankan agar ahli-ahli eksekutif Perhubungan Daerah dan juga ahli-ahli MT yang belum mendapatkan akaun email bolehlah berhubung terus ke JASA.
Sementara itu katanya langkah berterusan juga akan di ambil untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP dalam penggunaan ICT.