Semoga maju jaya kepada ABDB

 
 

LIMBARUH HIJAU 31 MEI 2008 - Presiden dan seluruh ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena ulang tahun Hari ABDB kali ke 47 tahun hari ini.

Presiden dan seluruh anggota NDP juga mendoakan semoga ABDB terus maju dalam peranannya sebagai benteng pertahanan negara.

Seterusnya NDP mendoakan semoga ABDB akan berterusan menjadi angkatan pertahanan negara yang dinamik dan progresif yang berupaya menangani segala cabaran untuk memenuhi kehendak pertahanan dan keselamatan bangsa dan negara di era globaisasi tanpa sempadan ini.

ABDB hari ini akan menyambut hari ulang tahun penubuhannya 47 tahun yang lalu dengan acara sambutan diadakan di Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei di Perkhemahan Lumut.

Pelbagai acara di jadualkan akan diadakan hari ini untuk mengemilangkan hari ulang tahun penubuhan ABDB.

Sambutan ulang tahun Hari ABDB kali ini membawa tema Memperkasa Tunas Bangsa Memperkukuh Pertahanan Negara yang menunjukkan usaha berterusan ABDB untuk mencapai standard dan keupayaan tertinggi dari segi aset serta sumber manusia.

Sambutan pada tahun ini merangkumi persembahan Perbarisan Besar-besaran, Pertunjukan Statik dan Persembahan Arena yang termasuk demonstrasi terjun payung, pertunjukan latihan perang, persembahan pancaragam ABDB serta pertunjukan gimnastik.

Sementara itu, pertunjukan statik akan disertai oleh Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Perkhidmatan Bantu ABDB dan Institut Latihan ADBD.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.