| LIMBARUH HIJAU 2 ME 2008 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sukacita mengucapkan selamat sejahtera kepada ahli-ahli NDP puak Dusun dan juga kepada seluruh masyarakat Dusun yang lain sempena mereka merayakan Adou Gayuh kelmarin 1 Mei 2008.
Ayahnda Yasin Affandy dalam ucap selamat tersebut menaruh harapan agar ahli-ahli NDP puak Dusun dan puak-puak etenik Brunei yang lain termasuk puak Iban akan terus memelihara warisan budaya agar ianya tidak akan pupus di telan zaman.
Katanya adalah menjadi matlamat perjuangan NDP untuk memastikan kekayaan warisan budaya, kesenian dan identiti puak-puak etnik di negara ini tidak pupus malahan akan terus disegarkan dan di jadikan pengikat kuat semangat kesataun bangsa Brunei. |