Rakyat sedia untuk pembaharuan politik

 
 

LIMBARUH HIJAU 14 MEI 2008 - SESI taklimat 'Kefahaman Perlembagaan dan Undang-Undang' yang berlangsung pada 10 Mei lalu di Dewan Pusat Latihan Polis Di-Raja Brunei dan di hadiri oleh lebih 70 pemimpin-pemimpin Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berlangsung dalam suasana yang penuh keterbukaan dan muhibbah.

Sesi taklimat diadakan dengan kerjasama pihak Pedaftar Pertubuhan (ROS) dan di sampaikan oleh dua pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara yang terdiri dari Dk Hajah Siti Rahmah bin Pengiran Haji Mohmad, Timbalan Penasihat Undang-Undang dan Pengiran Hajah Zabaidah Pengiran Haji Kamaludin, Penolong Penguamcara Negara .

"Suasana yang penuh muhibbah di sesi taklimat tersebut membawa mesej bahawa NDP sudah mula dapat di terima oleh semua peringkat masyarakat di negara ini sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang sah di sisi undang-undang", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP ketika berucap kepada lebih 200 orang ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti yang hadir di Kongres Tahunan Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara pada sebelah tengah hari 10 Mei yang lalu.

"Kita sangat berbesar hati dengan kerjasama yang di berikan oleh pihak ROS dan Pejabat Peguam Negara itu. Kerjasama sedimikain sangat-sangat di alu-alukan dan kita melihat ianya satu perkembangan yang menggalakkan yang dapat menyumbang ke arah perkembangan tren politik rakyat ang sihat".

"Senario politik di negara kita sedang melalui proses pembaharaun selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah menghantar isyarat jelas berkenaan dengan perkara tersebut dalam beberapa titah-titah Baginda sejak Brunei merdeka pada 1984 lagi", kata sdr Morshidi.

Tegasnya rakyat Brunei yang telah kenal dengan politik sejak 1950an lagi sebenarnya sudah bersedia untuk pembaharuan politik ini. Di peingkat elit pentadbir juga sudah terdapat perubahan minda terhadap politik, tambah sdr Morshidi.

Justeru, katanya, ahli-ahli NDP usah ragu dan risau dengan penglibatan mereka dalam politik. Kita harus terus istiqamah dan komited dengan perjuangan kita untuk mejunjung titah membanguna bangsa walaupun kita sering menerima
hambatan-hambatandari elemen-elemen yang tidak sukakan perubahan politik ini, teganya lagi.

Politik Brunei - Antara Harapan dan Realiti

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.