NDP lancar tabung mangsa taufan Myanmar

 
 

LIMBARUH HIJAU 12 MEI 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melalui Biro Keselamatan dan Kecemasan pada Sabtu baru ini telah melancarkan kempen kutipan bantaun untuk mangas-mangsa malapetaka angin taufan di Myamar.

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP melancarkan kempen tersebut dengan mendahului memasukkan derma ke dalam tabung derma dengan d ikutii oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman serta ahl-ahi Majlis Tertinggi dan ahli-ahli yang lain. Pelancaran di saksiakn oleh Major (B) Awang Haji Ja'afar, Ketua Biro Keselamatan dan Kecemasan.

Majlis pelancaran diadakan di pembukaan rasmi Kongres Tahunan Perhubungan Daerah yang berlangsung di LImbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Sejumlah hampir BND700 telah berjaya di kutip di majlis pelancaran tersebut.

Menurut Major (B) Awang Haji Ja'afar, bironya akan berkerjasama dengan Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan Insan (KeKIn) dalam melaksanakan kempen tersebut di ke empat-empar daerah seluruh negara.

Katanya derma-derma yang akan di kutip tidak semestinya berbentuk wang sahaja. Derma-derma berbentk pakaian, makanan dan lain-lain yang di fikirkan sesuai untukdi dermakan kepada mangsa-mangsa malapetaka angin tafan di Myanmar sangat-sangat di alu-alukan, jelas beliau.

Menurut beliau semua derma yang di kumpulkan akan di serahkan kepada Kedutaan Kesatuan Myanmar di Brunei.

Sementara itu laporan terkini menjangkakan lebih kurang 100,000 orang dipercayai menjadi korban Taufan Nargis tersebut dan kira-kita sejuta lagi hilang tempat tinggal.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.