NDP akan lancar kutipan derma bantuan Myanmar

 
 

LIMBARUH HIJAU 09 MEI 2008 – PRESIDEN dan seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut terharu dan sedih atas kemusnahan yang menimpa Myanmar yang telah dilanda Taufan Nargis.

Enam hari selepas Nargis membadai Delta Irrawaddy dengan angin selaju 190 kilometer sejam, ombak besar setinggi 3.5 meter pula menyusul memusnahkan banyak kawasan dan mengorbankan banyak jiwa.

Dijangakan lebih kurang 100,000 orang dipercayai menjadi korban Taufan Nargis tersebut dan kira-kita sejuta lagi hilang tempat tinggal.

Menurut laporan bilangan korban yang dilaporkan oleh seorang diplomat Amerika Syarikat (AS) itu hampir menyamai 143,000 orang yang maut dalam taufan di negara jiran, Bangladesh pada 1991.

Media kerajaan pula setakat ini melaporkan, angka kematian rasmi ialah 22,980 dan 42,119 lagi masih hilang.

Bagaimanapun diplomat dan pakar bencana berkata, angka sebenar kematian akibat ombak besar yang menenggelami Delta Irrawaddy itu dijangka jauh lebih tinggi.

NDP turut terharu dengan kemusnahan yang menimpa rakyat Myanmar itu dan atas dasar peri kemanusiaan akan berusaha membantu mengutip derma bantuan untuk di hantar ke Myanmar.

"Kita akan melancarkan kempen untuk mengutip derma bantuan berupa pakaian, makanan dan lain-lain keperluan dari kalangan ahli-ahli NDP dan juga orang ramai sesegera mungkin", ujar Major (B) Awang Haji Jaafar, Ketua Biro Keselematan dan Kecemasan (NDP) ketika di hubungi oleh Aspirasi-NDP.

Sementara itu Thura Thet Oo Maung, Duta Besar Kesatuan Myanmar di Brunei dalam temu ramah dengan media-media tempatan berkata Kerajaan Myanmar mengalu-alukan segala bantuan derma dari seluruh rakyat Brunei.

Katanya semua bentuk derma sangat-sangat dialu-alukan terutama derma berbenuk makanan, perubatan dan penpis air bersih.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.