NDP, KEMAS jalin persahabatan

 
 
LIMBARUH HIJAU 23 MEI 2008 -   LAWATAN serombongan seramai hampir 50 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak ke Brunei pada hari Rabu telah membukakan ruang kepada KEMAS dan NDP, selaku tuan rumah, membuat hubungan persahabatan antara kedua-dua pihak.

Walaupun lawatan singkat, hanya kurang satu hari, namun ianya merupakan titik permulaan bagi KEMAS dan NDP mengambil kesempatan dari sesi perkenalan tersebut untuk berkerjasama dalam bidang-bidang kemasyarakatan yang boleh mengertakan lagi tali persaudaraan antara masyarakat Brunei dan Sarawak yang berjiran. 

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Timbalan ketua Pengarah KEMAS Malaysia .

Encik Hassan bin Mohd Amin yang dalam perjalanan pulang ke Kuching setelah membuat lawatan ke KEMAS cawangan Limbang telah singgah ke negara ini untuk kunjungan sengkat telah di sambut oleh Himpunan Wanita Pusat dengan kerjasama Ketua Biro Penerangan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) setiba mereka di Kuala Lurah.

Turut mengiringi rombongan untuk lawatan ke beberapa tempat sepanjang kunjungan ialah Ketua Biro Disiplin dan Hisbah Awang Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusof, Naib Presiden Daerah Belait Awang Sulaiman bin Metarshad, serta barisan exco Himpunan Wanita Pusat NDP dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Pengiran Hamzah. 

KEMAS yang merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Daerah Malaysia dalam kesempatan yang sengkat berada di negara ini telah di bawa untuk meninjau secara lebih dekat beberapa tempat yang menarik termasuk singah berhenti untuk bergambar di luar perkarangan Istana Nurul Iman di Jalan Tutong. 

Lawatan pertama rombongan telah di bawa ke Pusat Latihan Kesenian Dan Pertukangan Tangan, di sini rombongan telah dialu-alukan oleh Guru Perak pusat berkenaan Awang Haji Bakar bin Haji Jaludin yang telah juga memberikan taklimat rengkas mengenai dengan fungsi pusat itu, turut di alu-alukan sama oleh Pegawai Pemasaran Dayang Siti Norrizan binti Haji Abd Halim dan Pegawai Perhubungan Awang Haji Moksin bin Haji Ibrahim. 

Rombongan juga berpeluang menyaksikan hasil kerjatangan pelajar-pelajar yang di pamerkan untuk di jual di pusat berkenaan dan di bawa ke beberapa ruang latihan yang menempatkan pelajar-pelajar pusat berkenaan. 

Sejurus selepas itu rombongan KEMAS yang pertama kali membuat lawatannya ke negara ini telah juga di bawa untuk melawat Muzium Brunei, dan di sini mereka berpeluang melihat pameran-pameran yang disediakan di bangunan itu termasuk sejarah bermulanya penemuan dan perkembangan Industri Minyak dan Gas di negara ini. 

Selain rombongan juga turut teruja menyaksikan satu ruang galeri di Muzium itu yang mempamerkan binatang-binatang di bawah kawalan yang sering menjadi mangsa jalan raya di langgar oleh kenderaan-kenderaan ketika binatang-binatang itu tersesat keluar daripada tempat kediaman mereka lazimnya di dalam hutan.  Mengikut kajian pihak Muzium kejadian itu berpunca daripada kesan-kesan pembangunan jalan raya dan sebagainya dilakukan. 

Turut pernah menjadi mangsa itu ialah anak harimau bintang yang telah dilanggar dan

ditemukan di tepi jalan kawasan Daerah Tutong, binatang itu telah dibawa oleh pihak Muzium untuk di awet dan di pamerkan, begitu juga dengan nasib ular penelan, burung-burung dan sebagainya. 

Rombongan juga turut tertarik dengan keindahan Masjid Utama Negara Brunei Darussalam, Masjid Jame Asr yang terletak di Kampung Kiulap, kesempatan itu tidak dilepaskan untuk rombongan menunaikan sembahyang Fardhu Dzohor di sana. 

Lawatan sengkat itu diakhiri dengan membawa rombongan ke Bangunan Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah yang terletak berhadapan dengan Kampung Ayer, rombongan berpeluang melihat keindahan pemandangan sekeliling kawasan tersebut di samping berkesempatan membeli belah di pusat membeli-belah bangunan tersebut. 

Sebelum mengucapkan selamat tinggal rombongan telah singgah berkunjung ke Markas Limbaruh Hijau Parti Pembangunan Bangsa di Jalan Jerudong untuk mendengarkan taklimat rengkas mengenai visi dan misi ianya ditubuhkan di adakan di bilik persidahang Syura disampaikan oleh Ketua Biro Penerangan NDP Pengiran Haji Mohamad bin Pengiran Haji Said, turut memberikan penerangan ialah Ketua Media Bahagian Penerangan Malai Hassan bin Malai Haji Othman, Ketua HAWA Pusat dan Ketua Biro Organisasi dan Penyelidikan Awang Haji Ahmad Timpus. 

Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan terima kaseh serta penerangan rengkas tentang KEMAS yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia Encik Hassan bin Mohd Amin. 

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Daerah Malaysia yang berfungsi untuk membantu membangun masyarakat terutama penduduk luar bandar. 

Kunjungan rombongan tersebut yang telah mencatatkan lagi satu sejarah bagi NDP setelah beberapa kunjungan daripada Badan Kerajaan Malaysia termasuk Puteri UMNO Melaka pada Mach 2007 membuktikan bahawa partai ini merupakan rakan-rakan strategik dalam usahanya bagi membangunkan bangsa dan negara ini dan sentiasa mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan daripada negara luar (HSZ).

KEMAS Sarawak lawat Brunei

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.