LIMBARUH HIJAU 18 MEI 2008 - KERAJAAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Jabatan Perumahan di Kementerian Pembangunan sedang berusaha mempercepatkan perlaksanaan projek perumahan negara dengan mensasarkan pembinaan sejumlah 1000 buah rumah setahun iaitu satu peningkatan dari keupayaan sekarang membina purata hanya sejumlah 600 buah setahun.
Usaha gigih juga sedang di laksanakan untuk memendekkan waktu menunggu bagi pemohon untuk mendapatkan rumah dari jangka waktu 15 tahun ke 6 hingga 8 tahun sahaja.
Perkara ini di dedahkan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan, Dayang Aisah Haji C.A. Mohamad di seminar 'Perumahan dan Kemudaan Awam' anjuran Biro Perumahan dan Kemudahan Awam (NDP) yang di ketuai oleh Haji Awang Damit Chuchu.
Seminar berlangsung di Anjung Syura dewan mesyuarat markas pusat NDP di Jerudong dan di hadiri oleh lebih 50 orang peserata dari kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan ahli-ahli yang lain.
Selain 4 orang pegawai Jabatan Perumahan, NDP juga mengundang 2 pegawai kanan dari Sime Darby UEP, syarikat gergasi hatanah Malaysia untuk mengongsikan pengalaman syarikat mereka memajukan kawasan-kawasan perumahan rakyat di Malaysia.
Seminar di buka rasmi oleh Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy. Ketika berucap merasmikan seminar, beliau meluahkan
|
|
 |
harapan agar maklumat-maklumat yang dilontarkan sepanjang seminar akan dapat sedikit sebanyak memberikan kefahaman kepada peserta-peserta akan cabaran negara menangani isu perumahaan yang agak kritikal. |
 |
Beliau juga berharap idea-idea yang di lontarkan di sesi seminar tersebut akan dapat merungkai permasalahan isu perumahan yang perlu di tangani segera oleh pihak Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan.
Tambahnya NDP selaku pertubuhan politik rakyat sangat risau dengan isu perumahan ini justeru telah mengariskan dalam Manifesto politik NDP bagi tahun 2006 - 2016 syor-syor bagi memastikan rancangan perumahan Negara dilaksanakan secepat mungkin secara berkesan
|
 |
agar setiap keluarga mempunyai tempat kediaman yang selesa, di dalam persekitaran yang menggalakkan perkembangan minda dan akhlak yang sihat.
Begitu juga dalam Kongres Agung ke-2 NDP pada tahun lalu telah meluluskan Usul yang dibentangkan berhubung isu perumahan yang lambat dilaksanakan, tambah Ayahnda Yasin Affandy.
Katanya NDP dalam masa sama tidak menafikan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Perumahan berterusan berhadapan dengan cabaran-
|
 |
cabaran hebat dalam menangani isu tersebut, antara lain masalah teknikal, tenaga profesional yang belum mencukupi dan yang utama menyangkut dengan birokrasi.
Dalam hal ini, katanya, NDP berharap melalui seminar tersebut dan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Perumahan dan 2 pegawai kanan SIME Darby UEP untuk mengongsikan pengalaman mereka, akan sedikit sebanyak menyumbang ke arah percambahan idea-idea dalam usaha berterusan mencari formula-formula baru
|
 |
bagi mengatasi permasalahan yang sedang di hadapi.
Dayang Aisah dalam taklimatnya menyentuh proses evolusi dasar rancangan kemajuan perumahan yang bermula dengan skim perpindahan penduduk-penduduk Kampong Ayer ke darat pada 1950an hingga sekarang yang telah di kenali dengan skim Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.
Katanya isu perumahan merupakan satu isu yang semakin mencabar dengan adanya peningkatan pertumbuhan penduduk, penigkatan ekspetasi rakyat, pertumbuhan permintaan serta kehendak melaksanakan rancangan kemajuan perumahan dengan lebih berkesan dan efektif.
|
Menurt Dayang Aisah statistik pendaftaran pemohon Rancangan Perumahan Negara seluruh daerah dari Tahun 1980 sehingga 2007 ialah 44,198 orang. Ini tidak termasuk sejumlah lebih 13,000 pemohon yang telah mendaftar di bawah rancangan perumahan SKTRJ.
Tambanya perangkaan rumah dan lot tanah RPN yang telah diperuntukkan kepada pemohon bagi semua daerah sehingga Disember 2007 ialah lot tanah sejumlah 1694, rumah sejumlah 8058 termasuk 62 buah Rumah Teres.
Menurut beliau Jabatan Kemajuan Perumahan tidak menafikan terdapatnya keperluan bagi jabatan tersebut meningkatkan lagi sistem delivery untuk mempercepatkan projek-projek memajukan kawasan-kawasan perumahaan negara yang telah di kenalpasti agar jangka waktu menuggu bagi pemohon-pemohon dapatdi pendekkan.
Katanya seperti yang telah lalu jangka waktu pemohon untuk mendapatkan rumah ialah 15 tahun. Jabatan Kemajuan Perumahan dalam hal ini akan berusaha memendekkannya kepada 6 ke 8 tahun.
Dalam masa sama beliau juga mendedahkan masalah yang di hadapai oleh jabatan dalam pengutipan tunggakan pembayaran balik skim perumahan negara yang setiap tahun merekodkan purata sejumlah BND 2 juta setahun.
Beliau menaruh harapan semua pihak termasuk NDP dapat memberikan kerjasama meningkatan kesedaran rakyat akan tanggunjawab mereka melunaskan tunggakan-tunggakan pembayaran balik skim perumahan tersebut.
Sementara itu merujuk Rancangan Kemajuan Negara, bagi tempoh 2007 - 2017 ini, sejumlah BND 1,556 juta telah diperuntukkan untuk perlaksanaan skim perumahan negara bagi tempoh 5 tahun mendatang ini. Sebanyak 9,300 buah rumah di 11 buah tapak perumahan telah dirancang untuk dibina dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
YB Menteri Pembangunan, Pehin Dato Seri Setia Haji Abdullah, di sesi Majlis Mesyuarat Negara yang baru lalu telah menaruh harapan untuk melihat tahun 2008 - 2009 ini, perlaksanaan projek kemajuan perumahan negara akan lebih memuaskan dengan jumlah pembinaan rumah ditingkatkan kepada lebih daripada 1,000 buah rumah setahun untuk memenuhi permintaan yang tertunda.
Sehingga kini katanya, hanya lebih 12,000 rumah dapat diberikan termasuk melalui sistem penggeranan TOL.
Menyentuh mengenai kelambatan penyediaan rumah, YB Pehin menjelaskan Jabatan Kemajuan Perumahan menyediakan dua skim iaitu Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dan Rancangan Perpindahan Negara untuk menampung keperluan perumahan.
Setiap projek itu, katanya memerlukan pembukaan kawasan baru dan kerja penyediaan tanah mengambil masa yang lama sebelum kerja pembinaan infrastruktur dimulakan dan pembinaan rumah disebut harga.
Oleh itu Jabatan Kemajuan Perumahan akan mempertimbangkan langkah mengurangkan masa kerja berkenaan dengan memberi beberapa projek besar kepada pengusaha untuk dilaksanakan dengan lebih cepat lagi supaya pembinaan rumah dapat disiapkan segera.
Pehin Dato Seri Setia Haji Abdullah juga menjelaskan peruntukan perumahan itu adalah bagi mereka yang tidak mampu untuk ikut serta dalam pasaran perumahan swasta dan oleh itu kerajaan menyediakan beberapa subsidi bagi mereka.
Beliau berkata cadangan untuk membawa pelaburan asing langsung dan kerjasama sektor awam dan swasta dalam sektor perumahan adalah agak rumit dengan adanya keperluan untuk memberikan subsidi.
Jika subsidi itu diberikan dengan tidak tepat, subsidi yang seharusnya diperoleh penerima rumah akan diambil oleh pemaju, tegas beliau.
Sementara itu di perkembangan yang lain Ayahnda Yasin Affandy telah berkesempatan berineteraksi dengan YB Pehin Menteri Pembangunan semasa berkunjung ke rumah kediaman TYT Emil Skodon, Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei yang akan menamatkan perkhidmatannya di Brunei bulan ini.
Di kesempatan itu, Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan yang menemani Ayahnda Yasin Affandy mengambil kesempatan menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dari NDP kepada YB Menteri Pembangunan atas sokongan kementerian beliau melalui Jabatan Kemajuan Perumahan menjayakan seminar tersebut.