Mengambil iktibar dari isu Pualu Batu Putih

 
 

LIMBARUH HIJAU 26 MEI 2008 - KEPUTUSAN Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan hak kedaulatan keatas Pulau Batu Puteh, sebuah pulau sebesar setengah padang bola yang dari aspek sejarahnya jelas milik Malaysia, memeranjatkan rakyat di semananjung tanah Melayu itu.

Berbagai-bagai reaksi timbul. Ada yang marah. Ada yang sedih. Ada yang hanya senyum sinis dan ada pula yang kesal dan mengutuk secara terbuka keputusan ICJ itu sebagai tidak wajar lantas mentafsirkan keputusan tersebut mempunyai agenda yang tersembunyi bagi kepentingan keselamatan Singapura.

Di pihak Kerajaan pula reaksi-reaksi yang timbul lebih positif dan dapat memberikan ketenangan kepada hati dan fikiran rakyat yang menganggap keputusan ICJ itu satu kekalahan dan kehilangan maruah bagi Malaysia.

Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia contohnya tidak melihat keputusan ICJ itu satu kekalahan mana-mana pihak.

Seperti yang di laporkan dalam media-media perdana di Malaysia berikutan keputusan ICJ itu, beliau menyifatkan keputusan ICJ itu sebagai 'win-win situation' bagi Malaysia dan Singapura.

Menurut menteri tersebut walaupun ICJ memutuskan menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, namun dalam masa sama Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks), yang terletak kira-kira setengah batu dari Pualu Batu Puteh, telah diputuskan sah milik Malaysia.

Beberapa pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai di Malaysia juga turut membuat ulasan yang agak positif berhubung keputusan ICJ itu.

Dengan keputusan ICJ mengsahkan Middle Rocks milik Malaysia, Singapura sekarang tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak di Pulau Batu Puteh, kata mereka sambil menambah nelayan-nelayan dari Johor dan juga tentera laut Malaysia sekarang bebas untuk menggunakan kawasan Middle Rocks tidak seperti dulu berterusan di tegah oleh pihak Singapura.

Walaupun apa reaksi-reaksi yang timbul, positf atau negatif, semuanya tidak menukar hakikat bahawa Pulau Batu Puteh sudah terlepas ke tangan Singapura dan Malaysia tinggal puteh mata.

Sebagai pemerhati kita wajar mengambil iktibar dari isu Pualu Batu Puteh yang sekarang boleh di lihat sebagai satu simbol 'sikap cuai membawa padah kepada keutuhan dan integreti sesebuah wilayah'.

PENGHAKIMAN ICJ

  • Dari aspek sejarah Pualu Batu Puteh adalah milik Kesultanan Johor. Status itu masih kekal sehingga tahun 1844 iaitu ketika British membuat persiapan untuk mendirikan Rumah Api Horsburgh di pulau tersebut.

  • Bagaimanapun persoalannya apakah status tersebut terus dipertahankan selepas tahun 1840-an?

  • Berdasarkan penghakiman ICJ yang menyandarkan perbahasan kepada isu 'a titre de souverain' (tindak tanduk yang menunjukkan sesebuah negara mempunyai kedaulatan) Kesultanan Johor telah gagal dalam hal ini dan oleh kerana itu kedaulatan Pulau Batu Puteh 'terlepas' dari jajahannya.

  • Dalam masa sama Singapura mebina Rumah Api Horsburgh yang perancangan serta pembinaannya dikendalikan oleh juru ukur kerajaan Singapura bernama John Thomson yang dilantik sebagai arkitek projek tersebut oleh Gabenor Buttterworth.

  • Pada tahun 1850 ketika upacara peletakan batu asas, ICJ mendapati tiada wakil kesultanan Johor hadir pada majlis tersebut walaupun Temenggung Johor dengan diiringi oleh 30 pengikut membuat lawatan ke pulau tersebut hanya sekali iaitu sembilan hari selepas peletakan batu asas.

  • Tidak ada bokti menunjukkan Kesultanan Johor mengambil apa-apa inisiatif selepas itu untuk membantah tindakan Singapura itu.

  • Terdapat bokti menunjukkan Singapura mengutus surat bertarikh 12 Jun 1953 yang dihantar oleh Setiausaha Kolonial Singapura kepada Penasihat British bagi Sultan Johor bagi mendapatkan kepastian antara lain mengenai status Pulau Batu Putih kerana ia relevan untuk menentukan sempadan perairan wilayah koloni.

  • Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor membalas surat tersebut bertarikh 21 September 1953. Tertera di dalam surat tersebut bait ayat yang berbunyi "Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih".

  • Lagi dari aspek 'a titre de souverain' Singapura bermula dari Jun 1850 sehingga lebih 100 tahun telah menunjukkan tindak tanduk bahawa ianya berkuasa keatas kedaulatan Pualu Batu Puteh.

  • Singapura menjalankan siasatan kes pelanggaran marin, republik itu juga mengawal sesiapa sahaja yang ingin berurusan di pulau itu, mereka juga memasang peralatan komunikasi perkapalan dan merancang penambakan laut di perairan berkenaan.

  • Johor dan Malaysia pula, menurut ICJ, tidak berbuat apa-apa ke atas Pulau Batu Putih bermula Jun 1850 sehingga lebih 100 tahun dan apabila pegawai-pegawai dari Malaysia mempunyai urusan di pulau tersebut mereka terpaksa meminta kebenaran daripada Singapura.

RUMUSAN

  • Secara ringkas keputusan ICJ berhubng isu tuntutan keatas Pualu Batu Puteh menunjukkan elemen sejarah sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan bahan bukti menguatkan tuntutan Malaysia keatas wilayahnya yang sudah terlepas kepada Singapura.

  • Kemungkinan penyebab utama Malaysia kehilangan wilayahnya ialah kelalaian dan kecuain kerabat istana dan elit-elit pentadbir, yang di amanahkan mempertahankan dan memelihara integeriti wilayah waktu itu, untuk melihat jauh isu keutuhan wiayah dan maruah bangsa serta impliksinya sekiranya sebahagian kecil wilayah terlepas ke tangan negara lain.

  • Kemungkinan sikap 'malas ingau' pihak kerajaan dan juga rakyat terhadap Pualu Batu Puteh juga menjadi penyebab ianya terlepas ke tangan Singapura yang sentiasa memeduli pulau yang sekubit itu.

IKTIBAR

  • Keputusan ICJ menunjukkan elemen sejarah bukan menjadi fakor utama dalam menentukan hak kedaulatan sesebuah wilayah yang dituntut.

  • Sikap berdiam diri oleh pihak Kerajaan ataupun pihak rakyat boleh diambil kira sebagai satu faktor menunjukkan kegagalan sesebuah negera menuntut hak kedaulatan ke atas wilayah yang di pertikai.

  • Sikap cuai dan lalai elit-elit pentadbir dalam menangani isu tuntutan wilayah yang di pertikai boleh menyebabkan maruah tanah air dan bangsa tergadai.

  • Tindak tanduk 'a titre de souverain' oleh negara-negara yang bertikai boleh diambil kira sebagai bokti sesebuah negara mempunyai hak kedaulatan keatas wilayah yang di pertikai dan berdasarkan sejarah di punyai oleh negara yang menuntut.

  • Pentingnya pihak kerajaan, elit-elit pentadbir dan rakyat sering di lihat sebagai bertindak menuntut hak kedaulatan keatas wilayah yang di tuntut.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.