MENYUSUR DESA

Menanam semangat persaudaraan di Rumah Panjang Kampong Sumbiling

 
 

LIMBARUH HIJAU 15 MEI 2008 - WALAUPUN nasib masa depan sebilangan besar masyarakat Iban di Brunei belum sepenuhnya terbela, namun Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yakin mereka yang telah bergenerasi bermastautin di Negara Brunei Darussalam akan tetap taat setia kepada raja, bangsa dan negara.

"Saya percaya mereka tidak akan meninggalkan kita seandainya negara dan bangsa di timpa musibah".

"Brunei sudah menjadi tanah tumpah darah mereka sejak bergenerasi lagi dan walaupun pada hakikatnya Kerajaan belum bersedia mengiktiraf mereka sebagai puak etnik Brunei dan sebilangan besar dari mereka masih memeggang status penduduk tetap, namun sejauh ini mereka tetap istiqamah membuktikan kesetiaan mereka", ujar Ayahnda Yasin Affandy di sesi muzakarah bersama penghuni-penghuni Rumah Panjang Kampong Sumbiling di Temburong.

Sesi muzakarah tersebut merupakan siri terkini program NDP menyusur desa anjuran Sekretariat Menyusur Desa yang di pengerusikan oleh Awang Abdullah Bahjou bin Bundan.

Program menyusur desa di Temburong pada 12 Mei 2008 itu bermula di sebelah tengah hari dengan sesi muzakarah bersama ahli-

ahli dan penduduk-penduduk di Kampong Selapon, sebuah perkampongan di persempadanan Brunei yang di duduki oleh masyarakat Lun Bawang dan puak-puak etnik yang lain.
Sesi muzakarah di Rumah Panjang Kampong Sumbiling pula berlangsung di sebelah malam setelah rombongan NDP yang terdiri dari Naib-Naib Presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan beberapa ahli-ahli NDP yang lain dari seluruh negara bersitirahat sebentar
di Rumah Tumpangan bedekatan Kampong Sumbiling di Temburong.

Ayahnda Yasin Affandy ketika berucap di rumah panjang tersebut juga menekankan peranan NDP menyatukan semua puak-puak etnik di Brunei termasuk puak Iban dalam kesetiaan kepada raja, bangsa dan negara sedang negara berhadapan dengan cabaran-cabaran untuk terus bertahan dan maju kehadapan dalam era globalisasi yang penuh pancaroba ini.
Kenyataannya iitu diperkuatkan lagi oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman yang juga turut berucap di sesi muzakarah tersebut.

Katanya sesi muzakarah di rumah panjang Kampong Sumbiling itu telah berjaya megumpulkan wakil-wakil dari semua puak etnik Brunei termasuk puak Iban dan kaum Cina di bawah satu bumbung bagi membincangkan harapan bersama untuk melihat negara terus maju.

"Sehubungan dengan kejayaan awal itu, NDP bertekad akan terus berusaha memastikan semangat kesatuan yang kita

saksikan malam ini berterusan di perkukuhkan", ujar sdr Morshidi.

"NDP menaruh harapan besar untuk melihat masyarakat Brunei yang berbilang bangsa dan puak etnik di negara ini dapat hidup selesa, aman, damai, saling hormat meghormati dan harmoni sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu dan kuat", katanya lagi.

"NDP menyedari bahawa usaha mengukuhkan kesatuan bangsa dan semangat bernegara adalah merupakan elemen terpenting dalam usaha mempertingkat iltizam bangsa untuk sama-sama membangun sebuah negara yang

moden, maju, berdayasaing dan berdayatahan yang tinggi".

Untuk itu NDP berhasrat untuk memastikan tidak ada masyarakat atau mana-mana puak etnik yang rasa terpinggir dari arus perdana pembangunan bangsa dan negara.

Namun demikian, tambahnya, NDP menyedari akan keupayaannya melaksanakan usaha bagi mencapai hasrat murni itu dalam suasana politik negara yang

berterusan menyaksikan ramai orang masih takut atau di takut-takutkan dari melibatkan diri dalam pergerakkan politik.

"Suasana ini sering menghambat usaha murni NDP itu dan kita risau kegaggalan untuk memastikan semua golongan masyarakat terutama masyarakat pinggiran tidak di anak tirikan dan mendapat tempat di negara mereka sendiri akan menjejaskan usaha untuk memastikan negara dapat bediri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama 10 negara termaju di dunia dalam jangka masa 27 tahun dari sekarang", kata sdr Morshidi.

"Semua itu akan tinggal impian jika masih terdapat golongan masyarakat Brunei yang merasakan diri mereka di anak tirikan dan terpinggir dari arus perdana pembangunan negara", katanya lagi.

Justeru kita berharap phak-pihak tertentu tidak memandang serong usaha murni NDP ini, tambah sdr Morshidi.

Juga turut berucap di sesi muzakarah tersebut ialah Awang Abdullah Bahjou selaku ketua rombongan. Awang Haji Zaini, Pemangku Naib Presiden NDP, Awang Peter Saging, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, Awang Mantar, Ketua Ranting NDP Kampong Bebuloh dan Pengiran Haji Mohamad, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam.

Sesi muzakarah juga menyaksikan NDP menghulurkan sumbangan beras dan makanan-makanan asas yang lain sebagai cendera hati kepada penghuni-penghuni rumah panjang Kampong Sumbiling.

Semangat setia kawan dan persaudaraan yang mendalam antara penghui-penghuni rumah panjang tersebut dengan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP jelas terpancardi sesi muzakarah yang berlarutan dari jam 8 hingga hampir tengah malam.

Ahli-ahli rombongan NDP telah berkesudian untuk makan malam bersama peghuni-penghuni rumah panjang. Setelah selesi perkumpulan itu sebilangan ahli rombongan, termasuk sdr Morshidi dan Awang Haji Hanafi, Naib Presiden NDP Tutong berkesudian untuk bermalam di rumah panjang tersebut.

Rombongan berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan awal pagi membawa bersama mereka pengalaman manis bersama masyarakat pendalamn di Temburong.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.