TAKLIMAT KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Memahami Perlembagaan dan Undang-Undang

 
 

LIMBARUH HIJAU 11 MEI 2008 - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tidak seharusnya berasa ragu-ragu atau takut dengan penglibatan mereka dalam dunia politik selagi mereka berjalan atas lunas undang-undang dan peraturan Negara.

Begitu juga dengan masyarakat umum, mereka juga tidak seharusnya mencurigai dan berasa takut dengan kehadiran NDP yang telah di daftar secara sah pada 31 Ogos 2005 sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat di Negara Brunei Darussalam.

Perkara ini digambarkan di sesi taklimat Kefahaman Undang-Undang dan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang di kendalikan bersama oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan NDP.

Menurut pandangan pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Negara, tidak ada sebab kenapa ahl-ahli parti politik dan juga masyarakat umum harus ragu dan takut jika sekiranya pergerakkan politik tersebut berjalan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini NDP ialah sebuah pertubuhan politik yang berdaftar dan sah dari segi undang-undang.

Taklimat berlangsung kelmarin 10 Mei 2008 di Dewan Latihan Polis Di-Raja Brunei di Gadong.

Taklimat yang bermuala dari jam 9 pagi dan berakhir hampir jam 1 tengah hari di sampaikan oleh 2 pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara yang terdiri dari Dk Hajah Siti Rahmah bin Pengiran Haji Mohmad, Timbalan Penasihat Undang-Undang dan Pengiran Hajah Zabaidah Pengiran Haji Kamaludin, Penolong Penguamcara Negara .

ACP Sharifah Salmah selaku Penolng Pendaftar Pertubuhan juga turut bersama membantu di sesi taklimat yang di hadiri oleh lebih 70 orang ahli-ahli NDP yang terdiri dari Ayahnda Presiden Yasin Affandy, Timbalan Presiden sdr Mahmud Morshidi Othman, Setiausaha Agung NDP, sdr Haji Aminorashid Haji Ghazali, Naib-Naib Presden, ahli-ahli Majlis Tertiggi dan Ketua-Ketua Ranting NDP.

Di sesi taklimat yang berjalan lancar dan muhibbah itu, ahli-ahli NDP di berikan kefahaman mengenai dengan 'praktik undang-undang Negara Brunei Darussalam dan juga mengenai Perlembagaan Negara Brunei Darussalam serta undang-undang dan peraturan pertubuhan-pertubuhan.

Sesi taklimat juga menjelaskan peranan dan tanggunjawab Jabatan Peguam Negara dalam pengubalan dan perlaksanaan undang-undang dan peraturan-peraturan Negara Brunei Darussalam.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.