LIMBARUH HIJAU 28 MEI 2008 - TIDAK mahu pisang berbuah dua kali, agensi-agensi Kerajaan di Malaysia di laporkan sedang mempergiatkan usaha memata-matai pulau-pulau dan terumbu-terumbu laut yang di milikinya yang di khuatiri akan juga turut jatuh ke tangan negara lain jika mereka leka seperti apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh.
Hak kedaulatan keatas Pulau Batu Puteh, sebuah pulau kecil milik Malaysia, terlepas ke tangan Singapura. Perkara ini di putuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas alasan Malaysia gagal memeduli dan melaksanakan hak kedaualatan ke atas Pulau Batu Puteh sedangkan Singapura telah bertindaktanduk sepanjang 100 tahun lalu seperti pihak yang empunya pualu tersebut.
Keputusan tersebut, walaupun ada sesetengah pemimpin Malaysia menyifatkannya sebagai bukan satu kekalahan, tetap merupakan satu tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia rata-rata merasakan mereka bukan hanya kehilangan wilayah malahan lebih teruk mereka telah kehilangan maruah.
Dan sekarang agensi-agensi Kerajaan di Malaysia tidak rela menerima tamparan kedua dari mana-mana pihak yang mungkin akan mengikut jejak Singapura.
Mereka di laporakn sedang sibuk mengumpul maklumat-maklumat berhubung pulau-pulau dan terumbu-terumbu laut yang mereka sedari sedang di intai-intai oleh negara-negara jiran yang berminat untuk menuntut hak kedaulatan keatas beberapa pulau-pulau dan terumbu-terumbu laut di peraiaran Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah.
Berdasarkan undang-undang dunia kedaulatan wilayah sesebuah negara merangkumi perairan menggelillingi pulau-pulau dan terumbu-terumbu yang di miliki termasuk pulau-pulau dan terumbu-terumbu yang hanya dapat di lihat apabila air surut.
Jumlah pulau-pulau dan terumbu-terumbu milik Malaysia melebihi 1000 buah. Tapi menurut laporan, Malaysia melihat terdapat kurang lebih 100 buah pulau dan terumbu-terumbu yang terletak di Laut Cina Selatan, Selat Melaka dan perairan Sabah yang perlu di berikan perhatian utama.
Sebilangan dari pulau-pulau dan terumbu-terumbu laut ini telah di tuntut oleh Cina, Vietnam dan Indonesia.