Malaysia belajar dari kesilapan...kita bila lagi?

 
 

LIMBARUH HIJAU 27 MEI 2008 - WALAUPUN sudah terhantuk baru terngadah namun Malaysia tetap mahu belajar dari kesilapan yang telah menyebabkan negara tersebut kehilangan wilayah berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan hak kedaulatan Pualu Batu Puteh milik Malaysia kepada Singapura.

Kerajaan Malaysia, menurut laporan Bernama kelmarin akan mengambil langkah proaktif dari sekarang dengan memantau semua pulau-pulau kepunyaan negara demi untuk mengelakkan negara kehilangan kedaulatan keatas wilayah-wilayahnya seperti yang telah belaku dalam kes Pulau Batu Puteh.

"Kerajaan menyedari akan iktibar yang dapat diambil dari kes Pulau Batu Puteh tersebut justeru kerajaan dari sekaranag akan terus memantau segala kegiatan yang di jalankan di pulau-pulau kepunyaan negara", Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan 1 di laporkan sebagai berkata.

Menurut laporan yang sama Kerajaan Malaysia juga tidak berlengah-lengah untuk mengambil inisiatif menstruktur semula Jabatan Kesataun Nasional dan Integereti Wilayah yang telah dicantumkan kedalam Kementerian Kesatuan, Budaya, Keseniaan dan Warisan.

Mungkin langkah yang akan dibuat ialah untuk menjadikannya satu entiti khusus dalam kerajaan untuk tugasan memelihara dan mempertahankan integereti dan keutuhan semua wilayah Malaysia dari semenanjung hingga ke Sarawak dan Sabah.

Malaysia sebenarnya risau atas kemungkinan ianya akan kehilangan satu lagu pulau yang terletak di perairan Pontian, Johor. Pulau yang di kenali dengan nama Pulau Pisang menempatkan sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura.

Kalau kedaulatan Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura atas sebab kecuaian dan kelalaian kerabat-kerabat Istana dan elit-elit pentadbir yang terdahulu, mereka yang sekarang bertanggungjawab mempertahankan keutuhan wilayah termasuk rakyat biasa sudah menyedari betapa buruknya sifat dan sikap acuh tak acuh itu kepada kepentingan negara dan bangsa.

Lagi pun di zaman ini elit-elit pentadbir di Malaysia memahami bahawa sistem kerajaan, sistem pengurusan dan pentadbiran yang mereka amalkan sekarang tidak akan mengizinkan mereka untuk lalai dan leka dengan tugas-tugas yang di amanahkan kepada mereka.

Sistem yang diamalkan bukan sahaja menghendaki mereka bersemangat nasionalisma dan patriotisma bahkan menghendaki mereka di lihat bersemangat dan berjiwa nasionalsima dan patriotisma.

Makanya dalam kes tuntutan Malaysia keatas Pulau Batu Puteh, kerajaan sangat telus dan tebuka dalam menangani isu tersebut agar rakyat jelata sebagai 'stake holder' terpenting memahami kedudukan sebenar.

Mereka tidak siok sendiri, ruding sana runding sini, meeting sana meeting sini hinggakan rakyat hanya tinggal terkebil-kebil dengan seribu satu macam persoalan mengenai dengan kedudukan tuntutan-tuntutan negara keatas wilayah-wlayah yang dipertikai yang mereka sibuk rundingkan itu.

Justeru kita sebagai pemerhati juga berharap sangat agar kita juga dapat mengambil iktibar dari kes Pualu Batu Puteh itu. Mudah-mudahan dengan belajar dari kesilapan orang lain kita tidak akan menerima nasib yang sama seperti Malaysia yang tinggal puteh mata melihat Pulau Batu Puteh, yang dari aspek sejarah miliknya, jatuh ke negara lain.

Kalau Pulau Batu Puteh boleh bebicara mungkin ia akan berkata "padan muka...'.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.