LIMBARUH HIJAU 20 MEI 2008 - KELUARGA JASA (Jabatan Setiausaha Agung) dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi parti kelmarin mengadakan majlis kecil bagi merayakan hari ulang tahun ke 86 kelahiran Ayahnda Yasin Affandy, Presiden Parti Pemangunan Bangsa (NDP).
Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman juga turut sama menjayakan majlis tersebut.
 |
Di majlis tersebut Ayahnda Yasin Affandy mengambil kesempatan mengimbau kembali sejarah perjuangan nya.
Ayahnda Yasin Affandy di lahirkan pada 19 May 1922 di Kampong Sungai Matan.
Beliau mendapat pendidikan awal ketika berumur 12 tahun di Sekolah Rendah Melayu Pekan Brunei dari 1934 hingga 1937.
|
Setelah tamat Darjah 4 beliau melanjutkan pelajaran di Saint Geroges dari 1937 hingga 1942 dengan mendapat kelulusan Sarawak Junior Level. Malangnya St Georges terpaksa di tutup apabila tentera Jepun menceroboh masuk ke Brunei pada 1942.
Beliau kemudian di hantar oleh pentadbiran Jepun di Brunei ke Miri untuk belajar bahasa Jepun. Semasa di Miri beliau mengambil kesempatan untuk mendapatkan pekerjaan sebagai electrician dan pada 1946 setelah tamat belajar bahasa Jepun beliau berhijrah ke Labuan dan berkerja menjadi penterjemah bahasa Inggeris di Borneo Civil Administration di Labuan.
Semasa di Labuan beliau juga di berikan kesempatan berkeja sabagai Ground Crew di Pertahanan Udara tentera BARIKAT, pasukan bersekutu tentera Inggeris dan Australia yang ketika itu berpengkalan di Labuan.
Pada akhir tahun 1946 beliau kembali ke Brunei dan berkerja sebagai store keeper di Jabatan Stor Negara dan hanya beberapa bulan selepas itu beliau berpindah berkerja pada 1947 hingga 1956 di Brunei Shell Petroleum Seria.
Sekembalinya ke Brunei beliau yang ketika itu berumur dalam lingkungan 24 tahun dan setelah sekian lama hidup di negeri orang melibatkan diri dalam pergerakkan pemuda Brunei selaku Ketua Penerangan Barisan Pemuda Brunei (BARIP).
Sepuluh tahun selepas itu apabila BARIP berkubur bersama semangat perjuangan Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin, beliau menjadi ahli Partai Rakyat Brunei (PRB) dan di lantik menjadi Setiausaha Agong Partai.
Pada 1957 beliau bersama Allahyarham A.M Azahari dan Zaini Ahmad mewakil PRB berangkat ke
London untuk perundingan dengan Colonial Office berhubung pengubalan Perlembagaan Brunei.
Pada 1960 beliau di lantik menjadi Ketua Tentera Nasional Kalimatan Utara (TNKU) dan pada 1963 di tahan di Tahanan Berakas.
 |
Pada 1974 hingga 1998 beliau mendapat perlindungan politik di Malaysia. Pada 1975 beliau sekali lagi di berikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang wakil PRB yang berangkat
ke United Nations untuk petisyen bagi Kemerdekaan Brunei.
Pada 1998 beliau di benarkan pulang ke Brunei dan ditahan higga tahun 2000 sebagai
tahanan politik selama 2 tahun.
|
Pada tahun 2005 beliau menjadi salah seorang pengasas Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan di pilih menjadi Presiden NDP di Kongres Agung pertama parti pada Jun 2006.