LIMBARUH HIJAU 20 MEI 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) Daerah Belait telah mengadakan Kongres Tahunan kali pertama pada hari Ahad 18 Mei 2008 yan baru lalu.
Kongres Tahunan NDP Belait berlangsung di Kampong Melayu Asli di perkarangan rumah Awang Haji Yunus Haji Mohd Suhaili, Ketua Biro Hal Ehwal Ugama (NDP) yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi NDP bahagian Belait.
Kongres Tahunan di pengerusikan oleh Awang Haji Mohamad Ali, Ketua Biro Disiplin dan Hisbah.
Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait semasa merasmikan kongres tersebut menasihatkan ahli-ahli parti di daerah Belait agar berusaha dengan lebih