LIMBARUH HIJAU 31 MEI 2008 - KEBIMBANGAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terhadap sistem Jaring Keselamatan Sosial (Social Safety Net) negara yang belum cukup luas untuk menyelamtkan rakyat terjerumus ke lembah kemiskinan turut di rasakan oleh Pusat Penyeledikkan Strategi dan Dasar (Centre for Strategic and Policy Studies - CSPS).
Menurut dapatan kaji selidik yang di jalankan oleh CSPS keatas Jaringan Keselamatan Sosial negara, dengan penghusussan kajian keatas pencaruman simpanan dalam Tabung Amanah Pekerja (TAP), negara di masa hadapan berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah sosial memandangkan jumlah caruman bulanan pelabur-pelabur dalam TAP yang rendah.
Kajian mendapati sebilangan pesara-pesara yang berpendapatan rendah, contohnya, di ramalkan akan menghadapi masalah memenuhi keperluan hidup seharian mereka memandangkan jumlah simpanan mereka dalam TAP yang terlalu kecil.
Bagi pesara-pesara tersebut yang hanya akan dapat mengeluarkan simpanan mereka pada tahun 2023 nanti, mungkin akan hanya dapat bertahan selama 10 bulan jika tren cara mereka berbelanja sekarang di ambil kira, menurut Dr Azaharaini Mohd Jamil, Pengarah Eksekutif CSPS dalam satu temuramah dengan media tempatan baru-baru ini.
Pada masa itu, tambahnya, bukan sahaja taraf kualiti kehidupan dan kos sara hidup akan meningkat, malahan jumlah penduduk juga akan turut bertambah dan adalah amat sukar bagi Keajaan pada masa itu menanganinya.
Justeru, katanya lagi berikutan kajian tersebut beberapa cadangan telah di ajukan. Antaranya ialah cadangan untuk menaikkan kadar caruman pekerja dan majikan dari kadar 5 peratus dan mengubah umur persaraan yang pada masa ini di tetapkan pada umur 55 tahun. Tujuannya ialah untuk memberikan masa yang lebih panjang kepada pelabur-pelabur untuk mencarum kedalam TAP.
Dalam temuramah itu Dr Azaharaini menekankan sekali lagi pentingnya kerajaan bertindak sekarang bagi mengelakkan masalah-masalah sosial yang akan timbul di kemudian hari.
Kebimbangan CSPS yang yang ketengahkan oleh Dr Azaharaini itu pernah di bangkitkan oleh Presiden NDP, Ayayhnda Yasin Affandy dalam ucapan dasar beliau di Kongres Agung NDP kali ke 2 pada tahun 2007 lepas.
"Kita difahamkan satu kajian mengenai kemiskinan yang dikendalikan oleh sebuah institusi pengajian tinggi tempatan antara tahun 2001 -2002 menunjukkan model-model yang diguna pakai untuk mengenal pasti kadar asas kemiskinan (absolute poverty). Kadar sara hidup yang dikenal pasti bagi seorang ialah $280.00 sebulan", ujar Ayahnda Yasin Affandy.
Dalam ucapan tersebut beliau berpendapat jika dapatan kajian ini sahih, terdapat petunjuk bahawa warga perkhidmatan awam tanpa mengambil kira jawatan dan bahagiannya, yang dilantik pada dan selepas 01 Januari 1993 iaitu dalam skim TAP (Tabung Amanah Pekerja) dengan sendirinya dalam satu ketika nanti, terutama di hujung jangkaan baki kehidupan persaraan, akan termasuk dalam kumpulan “absolute poverty”.
"Andaian ini berpandukan kepada jumlah TAP yang diterima di akhir perkhidmatan termasuk dividen peratusan tahunan yang tidak menentu, adalah terlalu rendah dan tidak selesa dan tidak terjamin semasa menghadapi baki kehidupan persaraan nanti", katanya lagi.
"Tekanan seterusnya akan dirasai ekoran kadar inflasi 1.5% setahun. Sehubungan dengan itu, kita berharap penuh dengan kebijaksaan Kerajaan Kebawah DYMM, peruntukan Elaun Usia Tua $250 sebulan akan dinaikkan lagi pada satu kadar yang lebih munasabah dan usia penerima 60 tahun diturunkan kepada usia 56 tahun", syor Presiden NDP.
Katanya lagi kita juga berharap agar Kerajaan Kebawah DYMM dapat menimbangkan pemberian kurnia khas $200 kepada kakitangan awam, dilaratkan kepada kakitangan dan pekerja disektor swasta dan kakitangan syarikat-syarikat tempatan bagi merangsang belia-belia yang menganggur agar tidak terlalu memilih pekerjaan.
"Mudah-mudahan dengan itu, tekanan kehidupan bagi mereka yang benar-benar memerlukannya akan sedikit sebanyak dapat diringankan", ujar Ayahnda Yasin Afandy menyuaakan kebimbangannya terhadap sistem Jaringan Keselamatan Sosial negara yang kurang memusakan.
Sementara itu isu yang sama juga di angkat sebagai usul yang di bahaskan di kongres tersebut.
NDP Daerah Brunei-Muara mengusulkan antara lain supaya pencen pesara dalam bahagian IV ke bawah sebelum 1993 persaraan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dikira dengan % kenaikan tangga gaji setara dengan gaji sebelum bersara atas sebab kos sara hidup yang tinggi.
Di samping itu dicadangkan juga supaya umur persaraan wajib dinaikkan kepada 60 daripada 55 tahun dan umur penerima elaun warga tua diturunkan dari 60 tahun kepada 56 tahun.
NDP pada Kongres Agung Pertama Parti pada tahun 2006 juga telah membangkitkan isu yang sama.
Dalam usul tersbut NDP meluahkan kebimbangan berbagai kalangan bahawa pesara kerajaan yang menabung di bawah Tabung Amanah Pekerja (TAP) kemungkinan akan jatuh miskin sebaik sahaja mereka bersara kerana jumlah sumbangan kepada tabung adalah terlalu kecil untuk menampong keperluan kehidupan selepas persaraan.
NDP di Kongres Agung pertama juga menyarankan agar jaringan keselamatan sosial negara dapat di perluaskan dengan mnubuhkan Tabung Amanah Pelaburan warga miskin dari hasil minyak dan gas yang melayakkan mereka menikmati dividen tahunan.