LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2008 - SEROMOBONGAN 50 orang pegawai-pegawai KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) cawangan Sarawak kelmarin singgah ke Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Jerudong dalam sesi lawatan singkat mereka ke Brunei sebelum berangkat pulang ke Kuching.
Pelawat-pelawat dari KEMAS yang di ketuai oleh En Hassan Mohd Amin, Timbalan Pengarah KEMAS tiba di Brunei di sebelah pagi.
Ketibaan mereka di sambut oleh beberapa ahli-ahli Himpunan Wanita (HAWA) dengan di ketuai oleh Dayang Hajah Saemah Zulkefli, Ketua HAWA NDP mewakili parti selaku tuan rumah kepada lawatan satu hari rombongan KEMAS ke Brunei.
Naib Presden NDP Belait, Awang Sulaiman Metrasad, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam, Pengiran Haji Mohamad dan Ketua Biro Disiplin dan Hisbah, Awang Haji Mohd Ali juga turut sama mengalu-alukan ketibaan pelawat-pelawat dari Sarawak itu.
Sebaik sampai ke Brunei mereka di bawa melawat ke beberapa tempat menarik untuk memperkenalkan mereka kepada sejarah negara, kebudayaan dan keseniaan bangsa Brunei.
 |
Sebelum berangkat pulang ke Kuching, mereka di bawa singgah ke Limbaruh Hijau untuk mendengarkan sedikit taklimat ringkas mengenai perkembangan politik di Brunei sejak 1984, sejarah penubuhan NDP dan perjalanan parti sejak penubuhannnya di sahkan pada 31 Ogos 2005.
Taklimat di sampaikan oleh Pengiran Mohamad, Ketua Biro Penerangan dengan di bantu oleh Malai Hassan Othman, Ketua Media dan Awang Ahmad Timpus, Ketua Biro Organisasi dan Penyeledikkan.
Ayanda Yasin Affandy, Presiden NDP dan Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap parti juga turut hadir mengalu-alukan kunjungan pelawat dari KEMAS itu.
|
Lawatan rombongan KEMAS ke Brunei dengan NDP selaku tuan rumah, walaupun singkat, telah berjaya membukakan peluang kepada kedua-dua pihak memupuk persefahaman dan hubungan persahabatan serta kerjasama di bidang-bidang pembangunan masyarkat termasuk masyarakat luar bandar.