LIMBARUH HIJAU 29 MEI 2008 - DALAM masa negara sekarang sedang melaksanakan program-program pembangunan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, Pusat Kajian Strategi dan Dasar (CSPS), sebuah badan korporat kerajaan pula sedang sibuk membuat kajian untuk mencari sebab kenapa proses mempelbagai ekonomi Brunei berterusan lembab.
CSPS, badan pemikir strategi dan dasar kerajaan ingin mengenalpasti apa punca sebenar yang menyebabkan usaha mempelbagai ekonomi negara sejak lebih dua dekad lalu belum lagi mencapai hasil yang diharapkan.
24 tahun sudah berlalu, pebagai usaha sudah di laksanakan, beratus-ratus konsultan dan pakar luar sudah di undang untuk membantu elit-elit pentadbir berfikir bagi memastikan negara bersedia mengahadapi saat apabila hasil minyak dan gas yang semakin pupus dan kos penghasilan yang semakin meningkat, tidak lagi dapat di harapkan untuk menjana ekonomi negara.
Namun semunya belum berhasil seperti yang di harapkan. Ekonomi negara masih lemah dan masih bergantung penuh kepada hasil minyak dan gas untuk terus bertahan.
Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) masih lemah dan tidak bermaya. Sektor pendidikan masih belum berupaya penuh menghasilkan anak-anak Brunei yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran untuk dijadikan modal insan yang di perlukan dalam menjana ekonomi yang lebih kukuh dan dnamik.
Sektor kerajaan pula masih berusaha meningkatkan keupayaan agar lebih kehadapan dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang sekarang menyaksikan negara-negara ekonomi dunia yang kuat dengan syarikat-syarikat gergasi multi-nationals mereka sebagai 'penjajah' dan 'diktator' ekonomi alaf baru beraksi menentukan hala tuju sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara.
Akan tetapi mungkin dapat di andaikan setelah lebih 24 tahun kita nampaknya belum lagi mendapat gambaran jelas di mana silapnya ataupun mungkin sudah nampak tetapi belum bersedia untuk perubahan.
Mungkin juga buku Wawasan Brunei 2035 yang di hasilkan oleh Badan Perencana Kemajuan Negara Jangka Panjang yang agak terbuka dengan masalah-masalah dan kesilapan-kesilapan yang di alami oleh negara sejak 24 tahun lalu pun belum dapat membantu memberikan gambaran tepat yang di perlukan. Wallahwaalam.
Apa yang jelas dalam usaha berterusan agar kita lebih terang mata dan fikiran untuk melihat di mana kelemahan-kelemahan negara dalam usaha mempelbagai ekonomi, CSPS telah menggunakan perkhidmatan 2 konsultan dari luar untuk membantu kita mengenalpasti apa penaykit sebenar yang sedang kita hidapi yang menyebabkan usaha mempelbagai ekonomi sukar untuk maju.
Konsultan-konsultan tersebut terdiri dari Manu Bhaskaran of Centennial Asia Advisers dari Singapura dan Dr Mark Crosby, dekan bersekutu di Melbourne Business School dari Australia.
Sejauh ini dari hasil kajian yang di buat, Dr Mark Cosby telah menyarankan beberapa pandangan berhubung isu birokrasi dan perlunya pembaharuan dalam perhidmatan awam.
Dapatan kajian beliau juga menyentuh isu red tape, penggunaan dan bentuk kepakaran dalam sektor perkhidmatan awam yang perlu di teliti semula serta pemberian konsesi dan manafaatnya.
Beliau juga menyentuh perlunya pembaharuan dalam bidang pembangunan sumber manusia di negara ini, perlunya universiti tempatan di perkembangluaskan dan perlunya mewujudkan lebih banyak lagi institusi-institusi pendidikkan yang menjurus kearah melahirkan pengusaha-pengusaha muda.
Bhaskaran pula menurut laporan menyarankan antara lain perulnya peluang-peluang di permudahkan bagi pengusaha-pengusaha tempatan mencapainya dan berkembang. Katanya perkara ini penting bagi kemajuan sektor korporat dan bagi strategi menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di Brunei.
Bhaskaran juga menekankan pentingnya negara memberikan tumpuan kepada perkembanan modal insan yang akan menjadi tunjak kepada pembangunan ekonomi negara jangka panjang.
Dapatan-dapatan kajian 2 konslutan ini akan di bentangkan di sesi perbincangan meja bulat yang akan di adakan pada 4 Jun ini atas anjuran Asia Inc Forum dengan kerjasama CSPS.
Sementara itu Pengarah Eksekutif CSPS, Dr Azaharaini Mohd Jamil dalam temubual dengan wartawan tempatan turut berpandangan pentingnya penyediaan maklumat-maklumat tepat yang boleh di jadikan sandaran dalam proses inovasi jangka panjang dan dalam proses membuat keputusan yang tepat.
"Apabila kita tidak mempunyai maklumat yang di perlukan kita akan teragak-agak membuat keputusan dan begitu juga halnya dalam usaha merencana dan merancang sesuatu akan menjadi sulit jika kita tidak mempunyai fakta-fakta yang betul", ujar Dr Azaharaini Mohd Jamil.
Beliau juga menyentuh mengenai kurangnya motivasi untuk mengambil inisiatif perubaan dikalangan orang Brunei.
Kabanyakkan kita di Brunei tidak berminat dengan satu-satu perubahan apabila kita tidak nampak apa-apa prospek imbalan dari sebarang periubahan tersebut. Sikap ini menjad penghalang di beberapa peringkat dalam sektor kerajaan, tambahnya.
Namun demikian, tegasnya, masih juga terdapat di kalangan elit-elit pentadbir di peringkat atasan yang berfikiran terbuka dan cendrung kepada perubahan. Masalahnya di lapisan perlaksanaaan. Mungkin mereka menerima nasihat yang salah dan menyebabkan mereka menjadi penhalang dalam sistem yang lama, katanya lagi.
Juga turut di sentuh Dr Azaharaini ialah isu penyelarasan di kalangan agensi-agensi kerajaan yang perlu di tingkatkan bagi mengelakkan pertindihan perlaksanaan tugas dan tanggunjawab yang sepatutnya boleh di cantumkan.
Juga turut di sentuh ialah masalah membuat keputusan yang adil dan tidak berpihak-pihak.
Katnaya Brunei mempunyai masyarakat yang kecil dan selalnya matlamat akhir proses membuat keputusan cendrung dan di pengaruhi oleh keperluan untuk memuaskan kehendak semua pihak.
Di negara-negara besar proses membuat keputusan lebih mudah kerana pihak-pihak berkenaan hanya perlu memastikan setiap keputusan yang di buat menepati cita rasa lebih kurang 80 peratus stakeholders.
Dalam konteks Brunei 20 peratus tersebut mungkin terdiri dari saudara mara dan ini menyulitkan proses membuat keputusan. Seboleh-bolehnya pihak-pihak berkenaan akan coba menepati kehendak semua akan tetapi pada hakikatnya perkara ini bukannya semudah itu, tegas Dr Azaharaini.