MENYUSUR DESA

NDP berluai bersama penduduk Kampong Selapon

 
 

LIMBARUH HIJAU 15 MEI 2008 - SERAMAI lebih 30 orang penduduk pendalaman di Daerah Temburong memberikan sokongan kepada Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan menjadi ahli parti pada hari Isnin 12 Mei 2008.

Sebanyak 23 borang permohonan untuk menjadi ahli NDP telah di terima oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP pada hari beiau dan rombongan berada di Kampong Selapun, Temburong untuk berluai bersama ahli-ahli serta penduduk-penduduk di kampong tersebut. Selebihnya telah di isikan oleh pemohon-pemohon sebaik sahaja acara rasmi permulaan siri terkini program menyusur desa ke Kampong Selapun selesai di jalankan.

Di majlis memulakan program tersebut yang berlangsung di rumah Awang Dawat, Ayahnda Yasin Affandy turut berucap mengingatkan ahli-ahli parti di kawasan tesebut akan pentingnya mereka memainkan peranan menyokong dan membantu NDP merealisasikan visi,

misi dan objektif parti kearah menjadikan Negara Brunei Darussalam berkekalan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang aman, damai dan makmur serta sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T.

Juga turut berucap di sesi menyusur desa tersebut ialah sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP.

Beliau dalam ucapannya juga turut mengingatkan ahli-ahli parti dan penduduk desa yang lain agar terus ta'at setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat perihatin akan kemaslahatan rakyat dan penduduk tidak terkecuali mereka yang tinggal di desa-desa pendalaman.

Katanya Kerajaan telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk memastikan masyarakat pendalaman turut sama menikmati kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya yang moden, bekalan letrik, air dan perkhidmatan telefon.

Semua in, tambahnya, di sediakan dengan harapan mereka tidak tertinggal dari arus perdana pembangunan negara dan bangsa serta berterusan taat setia tidak berbelah bahagi kepada raja, bangsa dan negara.

Beliau juga menekankan peranan NDP sebagai pelantar politik rakyat memperjuangkan nasib masa depan masyarakat agar tidak terpinggir dari arus perdana pembangunan bangsa dan peranan parti menyatupadukan semua golongan masyarakat etnik di negara ini termasuk masyarakat Iban dalam usaha menjunjung titah membangun bangsa.

Program menyusur desa di Kampong Selapon juga menyaksikan NDP membukakan peluang kepada penduduk-penduduk di Kampong Selapon dan kawasan di persekitarannya yang terdiri dari masyarakat Lun bawang, Iban dan Bisaya mengenegahkan segala masalah yang mereka hadapi untuk di teliti dan diberikan perhatian sewajarnya.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.