AKTIVITI HAWA

Belajar menjaga keterampilan

 
 

MARKAS HAWA PUSAT-   Tampil dengan lebih yakin dan berani menerusi dandanan wajah yang sempurna, tepat serta sesuai dengan kulit seseorang wanita itu amat perlu sentiasa di amalkan. 

Bijak menjaga kecantikkan dan mengawal kesihatan diri bagi seorang wanita itu amat perlu bukan saja untuk penampilan diri tetapi yang lebih penting untuk keharmonian rumah tangga bagi mereka sudah berkahwin manakala yang masih bujang bagi penampilan yang penuh ceria dan dinamik. 

“Jangan jadikan diri terus digelar mesin melahirkan anak-anak, tetapi wanita perlu mempunyai sikap yang lebih mantap dan cintakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengasihi ahli keluarga yang lain” 

Wanita yang tidak tahu menjaga kecantikkan lebih-lebih lagi semasa berada di rumah, akan mudah membuat suami merasa bosan, dan akhirnya berlakunya keretakkan rumahtangga kerana suami mulai beralih pandang kepada wanita lain yang dilihat lebih menarik dan mengiurkan. 

Perkara ini ditekankan oleh Nyonya Poppy Nanita, seorang guru jurusolek dari Bandung Indonesia ketika menyampaikan ceramahnya sebelum memulakan demonstrasi dandan wajah kepada lebih sepuluh orang di kalangan ahli Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang menyertai Bengkel Sengkat Kecantikkan Diri yang diadakan di Markas HAWA  Pusat Jalan Jerudong.

Menurutnya kecantikkan seorang wanita lebih di fokuskan kepada matanya kemudian, kemanisan senyumnya, dan tambahnya tidak semua wanita bertuah mempunyai bentuk mata dan bibir yang cantik tetapi ianya boleh dimiliki jika mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam dandanan yang betul.(Make Over).

“Mata yang sepet dan kecil boleh di besarkan, dan mata yang bewarna hitam pekat, kini boleh dijadikan hijau atau biru dengan menggunakan kanta mata warna yang terdapat di pasaran, wanita hari ini lebih bertuah dan beruntung di banding wanita zaman dulu” katanya.

Di samping itu katanya, usah risau pada usia yang sudah tua, kerana kosmetik yang ada di pasaran hari ini, boleh merubah wajah seseorang sehingga tiada lagi kelihatan garis halus di wajah, "pokoknya, kita harus sentiasa bergembira, dan berhati muda".

Selain kecantikkan itu, katanya berpunca daripada kesihatan kulit dan ianya bermula daripada pengawalan makanan yang sihat dan tidur yang cukup serta membanyakkan meminum air suam adalah juga petua untuk kekal muda dan cantik.

Bengkel tersebut merupakan projek kemahiran yang berterusan dianjurkan oleh HAWA Pusat NDP sebagai memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahli-ahlinya dalam apa jua bidang yang boleh meningkatkan lagi taraf mereka sebagai seorang wanita.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.