THE HOLIDAY LODGE HOTEL, JERUDONG SABTU 3 MEI 2008 - BADAN-BADAN Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) seluruh negara perlu meningkatkan lagi iltizam dan usaha kearah memajukan parti dan membawanya kepangkuan semua lapisan masyarakat di negara ini.
Sejauh ini pencapaian yang ditunjukkan oleh Badan-Badan Perhubungan Daerah, terutama dalam usaha merekrut lebih ramai ahli maish dtahap rendah.
Perkara ini sentuh oleh sdr. Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dalam ucapan beliau di pembukaan rasmi Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah Senegara (MPPD) suku ke dua tahun 2008. MPPD pertama telah bersidang empat bulan lalu iaitu 10 Janurai 2008 lalu.
Lebih 100 ahli-ahli Badan-Badan Pehubungan seluruh negara termasuk anggota-anggota Jabatan Setiausaha Agung (JASA) hadir di Majlis Permesyuaratan suku ke dua tersebut.
|
|
Sdr Morshidi dalam ucapan beliau menyentuh semula sejarah penubuhan Badan Perhubungan Daerah yang telah berkuat kuasa sejak 1hb November 2005.
Katanya penubuhannya beserta Aturan Dan Peraturan mengenainya dibuat berdasarkan
|
 |
peruntukan Perlembagaan NDP Artikel 48.1. Aturan Dan Peraturan ini diperkemas lagi di Mesysuarat Majlis Tertinggi pada bulan Jun 2006 dikenali sebagai AP 001/06.
Tambahnya, "untuk memperkasa lagi Aturan Dan Peraturan ini, ia telah di bawa ke Kongres Agung Tahunan Ke-2 parti pada 23-24 Jun 2007 yang lalu untuk disahkan dan diterima pakai sebagai garis pandu pentadbiran diperingkat Perhubungan Daerah sekali gus membawa makna bahawa peranan dan fungsi Badan Perhubungan Daerah amatlah penting dalam memastikan kejayaan NDP dan penerimaan masyarakat di peringkat akar umbi".
Menyentuh mengenai MPPD suku ke dua yang berlangsung di 'The Holiday Lodge Hotel' katanya, "Hari ini kita perlu membuat muhasabah diri bagi melihat sejauh mana peranan itu telah dilaksanakan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab".
"Ahli-ahli MPPD hendaklah menilai pencapaian Badan Perhubungan Daerah masing-masing dari semua aspek".
"Kita hendaklah telus mengongsikan masalah dan pencapaian masing-masing supaya yang dilihat berjaya itu boleh dijadikan iktibar dan contoh bagi yang kurang berjaya".
Mesyuarat pada hari ini, tambahnya, ingin tahu, apakah aktiviti-aktiviti yang telah diungkayahkan oleh Perhubungan Daerah masing-masing? Berapakah dana dalam akaun bendahari masing-masing? Berapakah keahlian yang telah didaftarkan sepanjang empat bulan kebelakangan ini di daerah masing-masing? Apakah persiapan-persiapan yang dirancang dan sedang dilakukan untuk menjayakan Kongres Agung Tahun Ke-3 nanti dan seumpamannya.
Beliau seterusnya menekankan bahawa maklumat-maklumat tersebut penting untuk dikongsikan.
"Kalau ada masalah, sila bentangkan kepada ahli-ahli MPPD supaya dapat kita bincang dan muzakarahkan bagi merungkai segala kemelut dan kekusutan".
Menyentuh mengenai pencapaian Perhubungan-Perhubungan Daerah sejuah ini, menurut sdr Morshidi NDP pusat telah membuat penilaian dan mendapati usaha Perhubungan-Perhubungan Daerah dalam merekrut ahli-ahli baru, contohnya, masih di tahap yang rendah.
"Andai kata sebahagian besar masyarakat masih tidak jelas dengan perjuangan kita, atau masih keberatan untuk menyertai kita, atau lebih malang jika kewujudan kita masih tidak disedari, maka ini menunjukkan bahawa Badan Perhubungan Daerah yang kita wujudkan itu belum mencapai objektif yang disasarkan justeru sistem penyampaian maklumat hendaklah diperkemas dan digerakkan secara aktif", ujar sdr Morshidi.
Katanya lagi tanggungjawab ini hendaklah dipikul sama oleh Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam di semua peringkat.
"Kita harus ingat bahawa, sebesar mana pun harapan yang kita letakkan untuk menjulang dan memperkasa nama NDP, ianya tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha gigih dan berterusan dari kepimpinan di semua peringkat", tegas sdr Morsidi lagi.
tambahnya "sebarang usaha hendaklah disertai dengan iltizam yang tinggi dan contoh kepimpinan yang boleh memikat hati nurani rakyat".
"Kita harus memiliki dinamisme yang sentiasa memacu kita ke arah kecemerlangan tanpa bersandar kepada dorongan, gesaan atau galakan pihak lain".
"Memahami dan menghayati visi, misi dan objektif utama parti yang kita tampillkan rangka kerjanya secara ‘operational’ melalui Manifesto Politk NDP 2006-2016 adalah suatu kemestian kepada yang bergelar pemimpin ini".
"Tidak ada sebab kita tidak boleh berhujjah dan mendakwahkan parti kita kerana kita telah dibekalkan dengan sebuah perlembagaan, sebuah Manifesto Politik dan sebuah buku kecil yang mentafsirkan dasar dan pegangan Parti", kata sdr Morshidi.
Selain itu, tambahnya, ahli-ahli Perhubungan Daerah setiap hari boleh mengikuti perkembangan semasa dan pendirian parti melalui Laman Web Parti, “Aspirasi-NDP”.
"Soalnya, adakah kita telah meluangkan masa untuk membaca semua bahan tersebut dan mendakwahkan kepada ahli dan bukan ahli?"