Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP Bebuloh menyerlahkan
kewibawaan NDP

KG BEBULOH, BRUNEI/MUARA MEI 2011- KEMATANGAN berpolitik dan berorganisasi sangat terserlah dikalangan ahli-ahli Ranting Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Bebuloh yang majoriti terdiri dari puak etnik Bisaya.

Walaupun mereka merupakan penduduk pendalaman dan rata-rata dari kalangan petani tetapi mereka jelas boleh dijadikan 'role model' dalam berorgnaisasi dan berpolitik. Setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan Majlis Eksekutif Ranting Bebuloh atas kejayaan menyerlahkan kewibawaan NDP di kawasan Bebuloh, ujar sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden NDP dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Ranting Bebuloh tempoh hari.

Kemajuan Ranting Bebuloh, tambahnya, juga turut menggambarkan betapa masyarakat etnik yang merupakan golongan minoriti sangat mengharagai kehadiran NDP yang merupakan satu-satunya pertubuhan politik yang Islamik di rantau ini yang telah berjaya mewujudkan satu masyarakat Brunei yang berbilang kaum, budaya dan pegangan kepercayaan diatas pelantar politik yang satu dengan matlamat yang satu iaitu untuk mempastikan Negara Brunei akan terus menjadi negara Melayu, Islam, Beraja yang aman makmur dan sentiasa mendapat keampunan Allah.

"NDP telah berjaya mewujudkan satu Brunei sejak 6 tahun lalu dengan memberikan tempat kepada semua 7 campur 1 puak etnik Brunei untuk sama-sama berganding bahu membela masa depan bangsa dan negara. Dan Alhamdullilah peluang ini telah digunakan dengan baiknya oleh puak-puak etnik terutama oleh masyarakat di Bebuloh yang menjadi anggota NDP. Saya berharap lebih ramai lagi masyarakat Brunei disemua peringkat menjadi anggota NDP", ujar sdra Malai Hassan Othman.

Sementara itu ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ranting Bebuloh di majlis perasmian tersebut telah membaharui ikrar untuk terus berusaha membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan baginda memlihara keselamatan dan ketenteraman negara.

Perkara ini ditekankan oleh Awg Bandang Bin Perayam, selaku Timbalan Ketua Ranting Bebuloh NDP dalam ucapan alu-aluan beliau di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Bebuloh yang berlangsung pada 8 Mei lepas di Dewan Serba Guna.

Tegasnya, kehadiran NDP (terutama di Kampong Bebuloh yang terletak berdekatan sempadan dipertikai Brunei- Malaysia) akan memperkukuh lagi keselamatan Negara dan kestabilan politik bukan sebaliknya.

Katanya lagi NDP yang sudah menjangkau usia 6 tahun akan terus berusaha menjadi rakan strategik kepada kerajaan dan KDYMM.

Mengimbas kembali Kongres Agung yang lepas Awang Bandang bin Perayam menjelaskan, banyak usul usul berkaitan pembangunan bangsa dan negara yang telah diluluskan di kongres tersebut telah pun dihantar dan disembahkan kehadapan Majlis KDYMM bulan pada bulan Disember 2010 yang lalu.

"Saya bagi pihak ahli-ahli NDP Bebuloh dan masyarakat setempat berterima kasih kepada pihak JASA, Pengerusi Usul serta Dewan Harian NDP kerana telah berusaha memanjangkan usul-usul tersebut kepada baginda sultan dan pihak-pihak berkenaan yang lain.

Pada tahun lepas, tambahnya, Ranting Bebuloh telah mengangkat sebanyak 17 usul di Kongres Agung yang ke-5 2010. Usul-usul itu termasuklah masalah rakyat Brunei yang tinggal di kawasan dipertikai keluar masuk melalui pintu Pos Kawalan Immigresen di Kuala Lurah dan Tedungan, Penggecopan Pasport, dan membawa barangan yang bersubsidi.

"Di Mesyuarat Agung Tahunan ranting hari ini kita akan membentangkan usul-usul yang telah diterima daripada ahli-ahli akar umbi seterusnya usul-usul tersebut akan diangkat kedalam Kongres Agung NDP yang akan bersidang pada bulan June 2011 nanti".

"Kami mengambil maklum, banyak perkara-perkara yang telah diusulkan daripada NDP yang sudah diambil perhatian oelh pihak-pihak kerajaan, umpamanya baru-baru ini syarat-syarat cuti bersalin (Cuti Beranak ) telah ditambah kepada 105 hari daripada sebelumnya 56 hari. Isu-isu kemiskinan, perumahan, pendidikan, wang zakat, bantuan kepada keluarga-keluarga daif dan banyak lagi, termasuklah isu-isu negara yang mana NDP tetap menyokong sepenuhnya keatas penyelesaian isu negara yang masih lagi tertangguh sekian lama, seperti isu persempadanan dengan negara jiran", ujar Awang Bandang.

Seterusnya beliau menyentuh mengenai perkembangan NDP dan meluahkan rasa bangga ahli-ahli ranting beliau akan laporan buku Brunei Darussalam Report pada tahun 2010 yang mengiktiraf National Development Party ( Parti Pembangunan ) sebagai satu-satunya parti politik yang bergiat aktif sejajar dengan perlembagaan parti membantu, menyokong, mendukung usuaha-usaha kerajaan dan mempertahan kedudukan KDYMM serta Ketuanan Melayu Islam Beraja tanpa adanya diskriminasi (Ketidak adilan).

Beliau juga menyentuh petikan Titah KDYMM yang berbunyi...''Pada hal, sekecil-kecil peranan mereka itu adalah sungguh bererti kepada kerajaan, kerana pada hakikatnya, merekalah yang banyak membuat kerja-kerja, seperti mesin layaknya, dan menjadikan tenaga-tenaga pelaksana. Dan bukan itu saja, kadang-kadang idea-idea daripada kalangan bawahan itu juga ada yang bernas dan baik, malahan mungkin juga belum terdapat kepada pemimpin-pemimpin itu sendiri ''.

"Saya penuh yakin dan percaya, titah tersebut tepat sekali makna dan hala tujunya. Justeru di mesyuarat agung yang kita hadiri hari ini, saya berseru kepada ahli-ahli akar umbi untuk terus menyumbangkan pandangan mengenai apa jua permasalahan, ianya akan dijadikan sebagai usul yang akan diangkat ke Kongres Agung NDP nanti".

Sebelum mengakhiri ucapan Awang Bandang mengambil kesempatan untuk memberikan penghormatan kepada Mantan Presiden NDP Ayahanda Yassin Affendy yang telah pun mengundurkan atas sebab kesihatan beliau.

Beliau juga meluahkan rasa dukacita atas pemergian Mandiang Saudara Serudin Bin Punggut, Ketua Himpuan Hal Ehwal Non-Muslim yang telah meninggal bulan September 2010 yang lalu. (Laporan oleh AEK)

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.