Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

 

Tahniah kepada barisan kepimpinan
baru Kerajaan

LIMBARUH HIJAU 1 JUN 2010 : SELURUH warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan rendah hati menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kebijaksanaan baginda melantik barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menteri Kabinet bagi sesi 2010 -2015.

Sehubungan dengan itu, NDP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru dalam Kerajaan atas perlantikkan mereka untuk menerajui pembangunan bangsa dan negara kearah kecemerlangan yang di cita-citakan.

NDP melihat barisan Jemaah Menteri yang baru ini terdiri dari mereka yang berpengalaman luas dalam penggubalan dan perlaksanaan dasar, pengurusan dan petadbiran negara.

Dengan pengalaman luas ini, NDP penuh yakin jentera pengurusan dan pentadbiran negara akan lebih berdaya maju untuk memacu pembangunan bangsa dan negara kearah kecemerlangan seperti yang telah disasarkan dalam Wawasan 2035.

Sehubungan dengan itu, NDP bertekad akan terus memberikan sokongan yang padu untuk terus bersama baginda Sultan dan Kerajaan dalam usaha mengekalkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT agar terus dapat dinimkati oleh generasi yang akan datang.

Untuk itu NDP akan terus berpegang kuat dengan amanat yang dititahkan oleh baginda Sultan ketika mengumumkan perlantikan barisan ahli-ahli baru dalam Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet pada 29 Mei 2010 kelamrin.

Antara lain baginda mengingatkan..."negara yang aman lagi makmur adalah segala-galanya".

"Tidak ada yang lebih dihajati daripada ini, kerana ia merupakan pintu kepada semua kebajikan", titah baginda sambil menambah..."apabila (negara) berada dalam keadaan aman dan makmur, semua pembangunan akan berjalan lancar. Ditambah lagi dengan jentera kerajaan yang baik, akan membolehkan harapan semakin tinggi untuk melihat kejayaan".

Namun, titah baginda, ia bukanlah datang bergolek begitu saja, tetapi perlu didahului dengan usaha dan kerja keras.

Seterusnya baginda bertitah usaha dan kerja keras itu wajar didepani oleh barisan pemimpin yang boleh dilihat sebagai ikon rakyat untuk dicontohi.

Dan selaku contoh, titah baginda, mereka juga perlu memiliki personaliti dan syakhsiah yang hebat.

Menurut baginda kehebatan disini turut merangkumi sikap bersih, berkebolehan dan berwawasan, termasuk juga sanggup berbasah dan berkering, sehingga diri sendiri tidak lagi penting, berbanding pengorbanan untuk ugama, raja, bangsa dan negara.

"Jika kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang seumpama itu, maka kitalah orang yang paling beruntung, kerana rakyat dan penduduk boleh berkongsi kehebatan dengan mereka", titah baginda.

"Inilah yang Beta harapkan, dan ini juga tema perombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan beberapa lantikan baru".

Baginda Sultan seterusnya mengingatkan kepada barisan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet yang baru bahawa lantikan-lantikan mereka itu merupakan amanah.

Amanah itu pula, titah baginda, sangatlah berat.

"Jika kita berjaya menjalankannya, maka kitalah orang yang berbahagia, sebaliknya kalau kita gagal, maka penyesalan jua akan menunggu kita".

"Lantikan juga bererti tugas, kewajipan dan kuasa. Ia mesti digunakan sejujurnya dengan penuh taat lagi setia".

Tegas baginda, "janganlah ada yang ingin mencipta haluan sendiri-sendiri untuk kepentingan yang terhad, tetapi bantulah raja untuk mencapai wawasan negara dengan keadilan".

"Kita buktikan bahawa keadilan tidak mati di Brunei, tetapi ia hidup dan malah subur dari apa yang dijaja di mana-mana".

Perlantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet bagi sesi 2010 - 2015 bermula dari hari Sabtu, 15 haribulan Jamadilakhir tahun 1431 bersamaan dengan 29 haribulan Mei tahun 2010 bagi tempoh selama 5 tahun.

Juga turut diperkenankan oleh baginda Sultan ialah jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara mulai tarikh yang sama diangkat sebagai jawatan bertaraf Menteri.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.