Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

TITIAN MUHIBBAH HAWA PUSAT KE KG UKONG

LIMBARUH HIJAU, 7HB MEI 2010- Menjelang Kongress Agung Kelima Parti Pembangunan Bangsa, HAWA Pusat telah membuat beberapa persiapan antaranya bagi memastikan anggota wanita dalam parti ini akan menghadiri beramai-ramai kongress tersebut yang akan berlangsung pada 4 dan 5hb Jun depan.

Di samping itu juga bagi memastikan Mesyuarat Agung Tahunan Himpunan yang akan diadakan pada 31hb Mei ini akan berjalan dengan lancar dan disertai ramai di kalangan anggota-anggota wanita dalam Parti Pembangunan ini dari seluruh negara.

Sehubungan itu antara persiapan yang dilakukan ke arah itu adalah melaksanakan Program Titian Muhbbah HAWA Pusat yang telah dilakukan ke Kampung Ukong Tutong baru-baru ini.
Mengetuai rombongan tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat NDP Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli dengan disertai bersama oleh beberapa orang barisan Exco Hawa Pusat, ketua-ketua Hawa Daerah Belait, Tutong dan Brunei Muara serta ahli-ahli jawatankuasa penggerak Hawa Pusat.

Dalam lawatan itu rombongan telah berkunjung ke rumah Naib Ketua 2 Wanita Ranting Ukong Dua Dayang Rosinah binti Until. Rombongan juga telah dialu-alukan oleh suami beliau Ketua Ranting Ukong Dua Awang Buah bin Nipah serta ahli-ahli di ranting tersebut termasuk ahli-ahli daripada Kampung Rambai.

Semasa kunjungan ahli-ahli ranting tersebut juga sedang menyambut Adau Gayuh yang jatuhnya pada hari berkenaan 1hb Mei 2010.

Bagi menceriakan lagi suasana, persembahan bermukun dan berbalas pantun serta berjoget juga turut diadakan oleh kalangan anggota HAWA Pusat dan Ranting tersebut.

Dalam ucapannya Ketua HAWA Pusat, menyeru kepada anggota wanita di ranting tersebut supaya akan menghadiri Kongress Tahunan Himpunan yang akan diadakan penghujung bulan ini, di samping menyeru kepada anggota wanita dalam parti supaya sentiasa merapatkan barisan dan sentiasa melakukan program-program yang boleh mengeratkan lagi siratulrahim sesama ahli dan juga masyarakat lainnya.

Bertolak daripada rumah Ketua Ranting Ukong 2 rombongan juga seterusnya telah berpeluang berkunjung untuk Adau Gayuh ke rumah setiausaha Ranting tersebut dan juga ketua Puteri ranting itu untuk sama-sama meraikan sambutan kaum Dusun itu. (LAPORAN HSK)
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.