LIMBARUH HIJAU 2 JUN 2010: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dan seluruh anggotanya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.
NDP sangat mengesali perbuatan ganas tentera Israel terhadap flotila keamanan yang berada di perairan antarabangsa itu. Serangan itu sepatutnya tidak berlaku kerana meyalahi undang-undang antarabangsa.
NDP berpandangan tindakan ganas Israel itu jelas menunjukkan kerakusan rejim Tel Aviv yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa.
NDP berpendapat seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya terutama oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan OIC (Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam).
PBB juga patut mengambil langkah tegas dengan mengenakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana seringkali mencabuli undang-undang antarabangsa. OIC juga seharusnya tidak memandang ringan kejadian tersebut dan semestinya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah tegas untuk menyatakan sekeras-kerasnya kekecewaan negara-negara Islam terhadap kebiadapan dan kekejaman rejim Israel itu.
|