Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

'Menang-menang'

Persempadanan semula untungkan Malaysia, Brunei: Najib

SIBU : Datuk Seri Najib Razak menjelaskan persetujuan dengan Brunei mengenai persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 adalah formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Perdana Menteri juga berkata, rundingan masih belum selesai sepenuhnya, tetapi Malaysia dan Brunei berpegang kepada semangat untuk mencapai penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak atau 'menang-menang'.

"Ini (perjanjian) membawa kepada penyelesaian persempadanan dengan Brunei. Ada banyak dimensi dalam persefahaman secara bertulis yang dicapai antara kedua-dua negara," katanya selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak, di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya, di sini semalam.

Perdana Menteri diminta mengulas isu lapangan minyak blok L dan M, berhampiran Limbang, Sarawak yang menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diserahkan kepada Brunei tanpa pengetahuan Petronas.

Dr Mahathir turut meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion itu.

Najib berkata, walaupun menyedari perjanjian menyebabkan konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei, Malaysia sedang berunding mengenai perkara itu, termasuk peluang dan peranan yang boleh diraih oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Katanya, Malaysia sedang berunding dalam semua aspek termasuk peluang Petronas dalam cari gali dan pembangunan, selain pelaburan oleh Brunei ke Malaysia dalam satu pakej.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika membuat penjelasan terhadap kenyataan Dr Mahathir, berkata perjanjian berhubung tuntutan dan pertindihan sempadan antara kedua-dua negara pada 16 Mac 2009 tidak merugikan Malaysia dari segi sumber pengeluaran minyak di kawasan itu.

Ini kerana walaupun kedaulatan untuk sumber di kawasan itu menjadi milik Brunei, perjanjian meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan terbabit untuk tempoh 40 tahun.

Mengulas lanjut, Najib berkata, perkara itu telah dirunding selama lebih 20 tahun dengan persetujuan secara prinsipnya dicapai pada tahun lalu.
“Sekarang kedua-dua negara sedang melihat dari segi survei yang perlu dilakukan dan semangat perjanjian adalah untuk mencapai satu bentuk penyelesaian yang saling menguntungkan.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei selalu sebut bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian berasaskan pada satu bentuk formula yang saling menguntungkan. Jadi, kita sedang rundingkan dalam semua aspek termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih oleh Petronas," katanya. (Dipetik dari Berita Harian)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.