Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

Biro Pengguna lawat JPKE

LIMBARUH HIJAU 12 mei2010 : Ahli-ahli Biro Hal Ehwal Pengguna NDP pada 28 April lalu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perancangan Dan Kemajuan Ekonomi yang bertempat di Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

Rombongan diketuai oleh Saudara Haji Metussin Bin Hj Ibrahim, selaku ketua Biro Pengguna.

Seramai 20 orang ahli Biro Pengguna turut serta dalam sesi lawatan sambil belajar tersebut.

Semasa lawatan rombongan diberikan taklimat oleh Pengarah JPKE, Hj Zulkiffli Bin Panglima Asgar Dato Paduka Hj Abdullah. Di sesi taklimat tersebut beliau menerangkan peranan dan fungsi Jabatan Perancangan Dan Kemajuan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam.

Rombongan juga diberikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab jabatan tersebut, terutamanya didalam hal ewhal pemantauan dan kawalan harga barangan di pasaran serta kerja-kerja penyeledikkan keatas sebarang kenaikan harga barang serta langkah-langkah bagi mengawal barangan dari segi kuantiti, kualiti, kadar sewa dan sebagainya.

Taklimat itu juga menekankan berhubung garis pandu yang telah dibuat oleh pihak kerajaan seperti mengutamakan setiap barangan yang dijual mestilah dibubuhkan tanda harga mengikut Akta Penggal 142 BAB 5.

Sebelum sesi taklimat berakhir, ahli-ahli rombongan telah diberikan peluang untuk mengekemukakan beberapa soalan dan pertanyaan mengenai hal ehwal hak-hak pengguna terutamanya bagi rakyat dan penduduk di negara ini. Selepas itu ketua rombongan telah menyampaikan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JPKE, kerana berkesudian menerima rombongan daripada ahli-ahli Biro Pengguna NDP pada hari tersebut.

Didalam siri lawatan tersebut Pengarah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi juga turut mengambil kesempatan mengalu-alukan usaha-usaha yang dilakukan Biro Pengguna NDP untuk bekerjasama dengan pihak-pihak kerajaan dalam sama-sama memelihara kentingan pengguna di negara ini. (Laporan oleh Erin Kisar)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.