Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tuntutan ke atas Limbang tak dibincang

MIRI: Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin lalu.

Berucap pada sidang Dewan Perundangan Brunei di sini Selasa lalu, beliau berkata perbincangan yang membawa kepada penandatanganan Surat Pertukaran (LoE) di Bandar Seri Begawan itu adalah mengenai penandaaan sempadan daratan secara keseluruhannya.

"Laporan akhbar tertentu semalam (Isnin) mendakwa Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Sebenarnya, tuntutan ke atas Limbang tidak pernah dibincangkan," katanya dalam laporan dalam sebuah harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin semalam.

Beliau menegaskan satu kenyataan akhbar bersama telah dikeluarkan selepas mesyuarat itu yang menyebut mengenai penandaan sempadan daratan antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan perjanjian sejarah yang wujud antara Kerajaan Brunei dengan Negeri Sarawak, dan, sebagaimana sewajarnya, berdasarkan prinsip watershed.

"Selepas itu satu kumpulan kerja terdiri daripada jurukur am kedua-dua negara akan melaksanakan aspek-aspek teknikal bagi menyelesaikan isu sempadan tanah," katanya.

Abdullah pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas upacara menandatangani LoE pada Isnin berkata Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, bahagian yang terletak paling utara di Sarawak.

Beliau berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada kandungan Surat Pertukaran bersejarah yang ditandatangani antara beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

"Ada dinyatakan dalam LoE bahawa Brunei telah menggugurkan isu itu dan ini bererti bahawa Limbang adalah sebahagian daripada Malaysia," katanya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Limbang, terletak di tebing Sungai Limbang di bahagian tengah Brunei dan meliputi kawasan seluas 3,978 km persegi dengan penduduk seramai lebih 40,000, digabungkan oleh James Brooke, Rajah pertama Sarawak, pada 1890 untuk menjadi bahagian kelima Sarawak. - Bernama

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.