Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PERSIAPAN MENUJU KONGRES

Taklimat tumpu perhatian kepada usul

TUTONG 13 MARCH 2009 - JAWATANKUASA USUL kelmarin meneruskan lagi sesi taklimat usul bagi tujuan membantu pemimpin-pemimpin akarumbi mengangkat isu-isu pembangunan serta isu-isu masyarakat di kawasan mereka masing-masing untuk di usulkan di Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kali ke-4 yang di jadualkan akan di adakan pada 19 hingga 21 Jun akan datang ini.

Sesi taklimat di adakan di Pusat Tarbiyah NDP Tutong dengan di hadiri oleh Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Hanafi Haji Md Daud, beberapa ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Tutong, ketua-ketua ranting serta beberapa ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting di daerah tersebut.

Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Panitia Kongres juga turut hadir untuk menyampaikan taklimat tersebut dengan di bantu oleh ahli-ahli jawatankuasa lain yang terdiri dari Awang Haji Jefri Md Daud, Awang Haji Ali, Pengiran Haji Mohamad bin Pg Said, Dayang Hajah Saemah Kefli, Awang Mantar dan Awang Haji Ismail Kasim.

Di sesi tersebut Malai Hassan Othman menekankan pentingnya Badan-Badan Perhubungan dan Ketua-Ketua Ranting serta ahli-ahli parti yang lain berperanan dalam usaha mempersembahkan isu-isu dan cadangan-cadangan berhubung masalah pembangunan dan kemaslahatan semua lapisan masyarakat di daerah mereka ataupun di peringkat nasional dalam bentuk usul yang lebih bermaklumat, mempunyai fakta yang lebih jelas, fokus dan berstruktur untuk di angkat di kongres akan datang.

Turut di jelaskan di sesi taklimat tersebut ialah kaedah-kaedah dan garis pandu membuat usul dan kategori-kategori usul yang layak di angkat untuk di bentangkan serta di bahaskan di kongres nanti.

Sementara itu taklimat yang sama juga telah di sampaikan kepada ahli-ahli Badan Perhubungan dan ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting di daerah Belait.

Taklimat yang di adakan di builek mesyuarat sementara Daerah belait di Seria di sampaikan oleh Awang Haji Kasim Sapar, Timbalan Pengerusi 2 JK Panitia Kongres dengan di bantu oleh Malai Hassan Othman dan ahli-ahli JK Usul yang lain.

Sebelum itu pada hari Sabtu lepas, JK Usul telah mengadakan sesi taklimat pertama yang di tujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa usul bagi tujuan meningkatkan kefahaman mereka tentang kaedah-kaedah membuat usul yang ltepat.

Sesi taklimat usul akan di teruskan lagi di Daerah Brunei Muara dan Temburong sebelum 20 April iaitu tarikh tutup Jawatankuasa Usul menerima semua usul-usul untuk di tapis dan di serahkan kepada Majlis Tertinggi untuk di luluskan sebelum di angkat ke kongres nanti.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.