LIMBARUH HIJAU 14 MARCH 2009 - MULAI besok Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di jadualkan akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan.
Lawatan kerja beliau ke Brunei kali ini sangat di nanti-nantikan oleh seluruh rakyat Brunei yang sehingga kini masih mengharapkan satu jalan penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya kepada semua lapisan rakyat di negara ini.
Menurut laporan dari BERNAMA di sesi lawatan ini Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menandatangani Pertukaran Surat bagi mengisytiharkan secara rasmi penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia-Brunei.

Gambar hiasan- Awang Mantar (17 Mei 2007) ketika menyampaikan pidato beliau mengenai isu Limbang di seminar Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa (KEARAH PERPADUAN NASIONAL - HARAPAN DAN CABARAN)
|

"Dari sudut keutuhan wilayah pula, NDP melihat isu ini sebagai aspek yang sangat penting. Kepentingan ini membawa maksud bahawa integriti seluruh wilayah Brunei Darussalam hendaklah kita jaga dan pertahankan dengan sesungguh hati, jiwa dan raga. Kegagalan menjaga integriti wilayah akan membawa kepada perpecahan negara dan paling tidak akan menyebabkan wilayah kita semakin terhakis...(sdr Morshidi - 5 Ogos 2007).
|
.png)
Gambar hiasan - lawatan YB Dr Haji Puad Zarkashi bersama sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan Awang Mantar ke kawasan di pertikai di Limbang tahun lepas June 2008
|
Beliau akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama antara kedua-dua negara ke arah memperkukuhkan hubungan serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Isa dan pegawai kanan kerajaan.
Cadangan untuk memulakan rundingan dua hala bagi menyelesaikan isu sempadan Malaysia-Brunei mula dibangkitkan pada 1994 dan di ikuti satu cadangan lagi, tiga tahun kemudian.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum mencapai penyelesaian yang di persetujui oleh kedua-dua pihak.
"Susulan itu, kedua-dua negara meneruskan rundingan sejak Mei 2003 sehingga Ogos lalu," menurut kenyataan itu.
Berikut di senaraikan beberapa laporan-laporan awal usaha NDP membantu kearah penyelesaian isu sempadan tersebut: |