Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Penyelesaian Isu Sempadan Malaysia-Brunei Dimeterai

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini memeterai penyelesaian isu sempadan Malaysia-Brunei yang telah lama berlarutan dengan menandatangani Surat Pertukaran di sini.

Majlis bersejarah itu, yang diadakan di Istana Nurul Iman, disaksikan delegasi kedua-dua negara termasuk Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim dan rakan sejawatannya Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Brunei Pengiran Muda Mohamed Bolkiah serta Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua Pehin Datuk Seri Setia Lim Jock Seng.

Turut sama pada majlis itu adalah Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir pada majlis itu.

Isu sempadan yang tertangguh termasuk pembatasan sempadan di Limbang, Sarawak dan hal-hal maritim seperti tuntutan bertindih di kawasan yang kaya dengan minyak dan Zon Ekonomi Eksklusif di perairan Borneo, cuba diselesaikan sejak enam tahun lepas oleh para pegawai kedua-dua negara yang telah bertemu sebanyak 39 kali sebelum penyelesaian itu dapat diterima.

Semalam, Rais berkata surat itu mengandungi beberapa prinsip kerjasama untuk dilaksanakan dalam menentukan tinjauan dan persempadanan di daratan dan maritim dan jawatankuasa teknikal akan diwujudkan untuk memuktamadkan isu-isu sempadan antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah yang dipercayai membincangkan isu-isu bersama bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai sektor.

-- BERNAMA

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.