LIMBARUH HIJAU 23 MARCH 2009 - RANTING Kilanas mencatat sejarah sebagai ranting pertama dalam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) keluar membuang undi dalam sistem pemilihan umum bagi barisan kepimpinan parti peringkat ranting dan pusat yang di perkenalkan oleh parti akhir tahun lepas.
|

Ranting Kilanas mengadakan Mesyuarat Tahunan Ranting sebelum membuang undi |
Ahli-ahli Ranting Kilanas telah keluar membuang undi pada pagi hari Sabtu bersamaan 21 March 2009 di Jeruton Hotel Jerudong sebaik sahaja mereka selesai mengadakan Mesyuarat Tahunan Ranting di tempat yang sama.
Pembuangan undi bermula pada jam 12.30 pm dengan di kendalikan oleh ahli-ahli Suruhanjaya Pemilihan Umum 2009 (SPU).
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP bersama Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan wakil-wakil calun-calun yang bertanding turut hadir menyaksikan acara bersejarah tersebut.
|

Ahli-ahli Ranting Kilanas mendaftar diri untuk mendapatkan kertas undi
|
Menurut SPU hanya 11 calun-calun dari Daerah Brunei-Muara sahaja yang bertanding bagi 7 kerusi Majlis Tertinggidi Pemilihan Umum 2009 ini.
11 calun yang telah melepasi proses eliminsai kedua Pemilihan Umum 2009 dan layak bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi ialah: Mantar Perayam, Mejar (B) Haji Mohd. Jaafar Bin Haji Jaluddin, Haji Metusin Bin Haji Ibrahim, Pg Haji Matarsat Bin Pg Haji Metassan, Haji Junid Bin Haji Ramli, Haji Hidup Bin Lamit, Haji Md Zafar Bin Haji Shamsuddin, Haji Mohiddin Bin DP Haji Othman, Haji Abdul Kassim Bin Haji Safar, Haji Azahari Bin Jais dan Halim Bin Haji Jumat.
Sementara itu 6 calun-calun Daerah Belait bagi 6 kerusi Majlis Tertinggi Daerah Belait yang terdiri dari Haji Metali Bin Ibrahim, Haji Ismail Bin Kassim, Emran Bin Duraman, Iskandar Bin Yahya, Majeni Bin Janai dan Haji Mohd Ali Bin Haji Yusuf telah menang tanpa bertanding berikutan langkah 16 calun yang lain menarik diri.
Di Daerah Tutong pula, 4 calun-calun bagi 4 kerusi Majlis Tertinggi Daerah Tutong yang terdiri dari Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Awang Haji Mustapa bin Haji Abidin, Awang Haji Ismail bin Haji Ibrahim dan Awang Haji Jefri bin Haji Mohd Daud juga telah menang tanpa bertanding berikutan keputusan Awang Mohamad Abdullah Bahjou bin Abdullah Bundan menarik diri dari bertanding.
Daerah Temburong juga turut menyaksikan calun-calun MT yang terdiri dari Awang Gelawat Ukang dan Haji Tajuddin bin Umar menang tanpa bertanding bagi 2 kerusi MT daerah tersebut.
SPU juga telah mengumumkan kerusi bagi Naib-Naib Presiden, Ketua Himpunan Wanita, Himpunan Pemuda dan Himpunan Non-Muslim masing-masing telah dimenagi tanpa bertanding oleh calun-calun yang terdiri dari Awang Haji Mohidin PDP Haji Othman (Naib Presiden Brunei-Muara), Awang Suliaman Metrasad (Naib Presiden Belait), Haji Hanafi Bin Md Daud (Naib Presiden Tutong), Haji Zaini Bin Bakar (Naib Presiden Temburong), Dayang Hajah Saemah Haji Kefli (Wanita), Awangku Mohd. Shahrilan bin Pengiran Ahmad (Pemuda) dan Awang Serudin bin Pungut (Non-Muslim).
Kerusi-kerusi bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden juga tidak di pertandingkan di Pemilihan Umum 2009 ini memandangkan semua calun-calun bagi jawatan tersebut telah menang tanpa bertanding berikutan langkah calun-calun yang lain mengundurkan diri dari bertanding.
Menurut SPU sdr Mahmud Morshidi Othman yang pada masa ini memeggang jawatan Timbalan Presiden telah mengambil keputusan untuk tidak mencabar Ayahnda Yasin Affandy bagi kerusi Presiden dan buat masa ini juga tidak berhasrat untuk di calunkan mana-mana jawatan atas sebab-sebab masalah perhubungan.
Calun-calun yang menang tanpa bertanding tersebut ialah seperti berikut, Awang Haji Abdul Rahman bin Mohd Yusuf (Pengerusi Tetap), Awang Haji Mohamamd bin Haji Mohd Yassin (Timbalan Pengerusi Tetap), Awang Mohammad Yassin Bin Abdul Rahman (Presiden) dan Malai Hassan Haji Malai Othman (Timbalan Presiden).

Ahli-ahli Ranting Lamunin mengadakan Mesyuarat Tahunan Ranting sebe,um membuang undi
|

Ahli-ahli Ranting Lamunin mendaftar untuk mendapatkan kertas undi
|
Sementara itu kelmarin ahli-ahli Ranting Lamunin Tutong juga telah keluar mengundi di Pusat Tarbiyah NDP Tutong sebaik sahaja mereke selesai mengadakan Mesyuarat Tahunan Ranting.

Awang Haji Hanafi, Naib Presiden NDP Tutong bersama Awang Haji Ratu, Ketua Ranting Lamunin di bilek pendaftaran PEMILU
|
|
|
|

Awang Haji Ratu, Ketua Ranting Lamunin menyampaikan kotak undi kepada Wan Haji Mohd Zain, Pengerusi SPU
|
Awang Haji Hanafi Hj. Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong, Awang Suliaman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait dan beberapa ahli-ahli MT yang lain turut hadir menyaksikan pembuangan undi yang telah di kenadlikan oleh SPU itu.
Berikut ialah jadual pembuangan undi bagi ranting-ranting lain di seluruh negara:
JADUAL MESYUARAT TAHUNAN RANTING-RANTING SELURUH NEGARA
|