Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP ucap tahniah kepada Datuk Seri Najib

LIMBARUH HIJAU 04 APRIL 2009 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atas perlantikkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 kelmarin.

Presiden dan seluruh warga NDP yakin Malaysia akan terus makmur dan bertambah maju di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

"NDP juga menaruh harapan tinggi hubungan dua hala yang sedia mantap antara Brunei dan Malaysia akan terus meningkat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib", ujar Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan mengalu-alukan perlantikkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Katanya NJDP juga yakin hubungan dua hala di pelbagai bidang termasuk di bidang ekonomi antara Brunei dan Malaysia akan terus di perkukuh di bawah pentadbiran baru yang di terajui oleh Datuk Seri Najib.

"Dalam masa sama NDP juga memandang jauh ke hadapan dengan penuh harapan pentadbiran Datuk Seri Najib nanti akan memberikan tumpuan perhatian bagi menyelesaikan isu-isu yang tertunggak antara Brunei dan Malaysia demi untuk meningkagtkan lagi hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah negara".

"Kita telah menyaksikan pentadbiran di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu sempadan antara Brunei dan Malaysia. Usaha tersebut telah membukakakn ruang yang lebih luas bagi kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala yang lebih mantap dan meningkatkan kerjasama terutama di bidang ekonomi".

"NDP berharap untuk melihat pentadbiran yang di terajui oleh Datuk Seri Najib pula akan meningkatkan usaha-usaha seterusnya terutama dalam membantu menyelesaikan isu rakyat Brunei yang sehingga kini sebilangan mereka masih lagi berkelana di Malaysia di bawah suaka politik yang telah di berikan oleh pentadbiran Allahyarham Tun Razak, ayahnda Datuk Seri Najib", tambah Ayahnda Yasin Affandy.

Dengan penyelsaian isu tersebut kita berharap sebilangan rakyat Brunei dan keluarga mereka yang masih berada di Malaysia akan dapat kembali ke tanah air dalam keadaan aman, kata Ayahnda Yasin Affandy sambil menyatakan keyakinan penyelesaian isu tersebut akan dapat menambah nilai lagi hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah negara terutama di peringkat rakyat.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.