Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP meriahkan majlis-majlis dikir Maulidur Rasul

LIMBARUH HIJAU 05 MARCH 2009 - Setiap menjelang Rabiulawal seperti lazimnya umat Islam di Negara ini menyambutnya dengan dikir marhaban.

Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara tidak sunyi dengan majlis-majlis dikir sempena memperingati Ulang Tahun Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bukan suatu adat bukan jua suatu tradisi tetapi adalah amalan ibadat bagi umat Islam memperingati ulang tahun keputeraan baginda.

Dicelah gema suara pedikir-pedikir , tidak ketinggalan suara-suara daripada rombongan pedikir NDP.

Sejak beberapa malam yang lalu mereka tidak ketinggalan bersama umat Islam di Negara ini berkunjung ke beberapa buah masjid untuk menyertai majlis dikir berkenaan.

Masjid pertama mereka kunjungi ialah Masjid Jerudong. Rombongan NDP diketuai oleh Pengerusi Tetap Saudara Haji Abdul Rahman Mohd. Yusof dan Timbalan Pengerusi Tetap NDP Saudara Haji Metussin bin Haji Ibrahim.

Rombongan seramai kira-kira 30 ahli-ahli NDP itu turut disertai oleh beberapa orang ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Ranting dan  Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Ugama serta keluarga JASA. Kehadiran mereka dialu-alukan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan.

Selain masjid tersebut rombongan juga telah pergi ke Masjid Kampong Kilanas, satu-satunya masjid yang setiap tahun dikunjungi oleh rombongan NDP. Manakala pada malam berikutnya rombongan NDP bersama para jemaah dan penduduk Kampong  Sengkurong mengimarahkan masjid di situ dengan berdikir sama.

Malam seterusnya pula rombongan NDP tidak menghampakan undangan daripada Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Bunut untuk hadir ke majlis dikir maulud mereka. Suatu yang amat menggembirakan dapat dirasakan ialah kehadiran rombongan NDP ke majlis-majis dikir maulud berkenaan mendapat perhatian dan penghargaan daripada pihak masjid.

Selain daripada mengucapkan terima kasih di atas kehadiran rombongan NDP mereka juga tidak lupa mendoakan akan kejayaan NDP dan semoga mendapat berkat dalam perjuangannya. Tidak ada garis pemisah antara agama dengan politik seperti yang pernah ditegaskan oleh Imam Syafei, Tiada politik melainkan menepati hukum syarak” JHR/JASA

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.