BELAIT 10 MARCH 2009 - PASUKAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait tidak ketinggalan menyertai perkumpulan besar sempena memperingati maulidur rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam yang telah di adakan di padang Bandaran Kuala Belait kelmarin.
Pasukan NDP Belait di ketuai oleh Awang Haji Sulaiman Ahmad, Ketua Biro Ugama Badan Perhubungan Belait. Juga tidak ketinggalan turut serta di perkumpulan tersebut ialah Awang Haji Ali, Ketua Biro Disiplin dan Hisbah, Pengiran Mohamamd Pg Said, Ketua Biro Penerangan dan Awang Haji Damit, ahli Lembaga Penasihat NDP.
Sebaik selesai acara perkumpulan dan perarakkan tersebut, peserta-peserta pasukan NDP beredar ke rumah Awang Haji Sulaiman di Pandan 2 untuk menikmati jamuan tengah hari. Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP yang agak kurang sihat menyertai perarakkan telah di undang untuk menjadi tetamu kehormat di majlis makan tengah hari itu. |
|
|