LIMBARUH HIJAU 24 MARCH 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melalui Pengerusi Jawatankuasa Panitia Kongres Agung Tahunan kali ke-4 pagi tadi telah mengutus surat memohon pertimbangan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan ranting-ranting parti yang berdaftar, terutama yang terletak jauh dari markas-markas Badan Perhubungan Daerah, mengunakan rumah-rumah Ketua Ranting untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting.
Surat tersebut di serahkan kepada pihak ROS berikutan perjumpaan Pengerusi Panitia Kongres ke-4, Malai Hassan Othman dengan Tuan Haji Yakub, Pegawai Jabatan Pendaftar Pertubuhan petang kelmarin 23 March 2009 di Ibu pejabat Polis Di-Raja Brunei di Gadong. Malai Hassan Othman di temani oleh Awang Haji Adinin, warga Jabatan Setiausaha Agung NDP.
Menurut Malai Hassan Othman, perjumpaan tersebut di buat sebagai susulan surat arahan ROS (BPD25/1181) kepada JASA yang tidak membenarkan ranting-ranting mengadakan mesyuarat agung tahunan di rumah Ketua-Ketua Ranting seperti yang di pohonkan oleh parti.
'"Saya selaku Pengerusi Panitia Kongres berasa bimbang dengan surat arahan tersebut kerana ianya boleh menjejaskan persiapan menuju ke kongres yang telah di jadualkan berlangsung pada pertengahan bulan Jun akan datang selain boleh meninggalkan kesan negatif kepada semangat ahli-ahli akarumbi untuk sama-sama menjayakan persiapan ke Kongres ke-4 dan lebih jauh lagi untuk terus bergiat aktif dalam pergeraakkan politik yang jelas dengan matalamatnya untuk sama-sama menjunjung titah membangun bangsa".
"Pada 21 Mach lepas Ranting Kilanas terpaksa mengunakan Hotel Jeruton di Jerudong untuk bermesyuarat tahunan seperti yang di kehendaki oleh Perlembagaan parti. Di hari berikutnya pula iaitu Pada 22 Mac Ranting Lamunin yang sepatutnya mengadakan mesyuarat tahunan di rumah Awang Haji Ratu, Ketua Ranting Lamunin terpaksa berpindah dan mengunakan Pusat Tarbiyah untuk bermesyuarat".
"Mesyuarat tahunan di kedua-dua ranting tersebut hampir di batalkan kerana tidak cukup kourum apabila ramai ahli-ahli gagal menghadirkan diri di sebabkan masalah pengangkutan".
Tambah Malai Hassan di pertemuan dengan ROS, beliau telah melahirkan kebimbangan kemungkinan masalah yang sama akan berulang.
Katanya berikutan surat arahan tersebut beberapa buah ranting telah mengumumkan secara tidak rasmi kepada Pengerusi Panitia Kongres untuk membatalkan sahaja mesyuarat tahunan yang sudah di jadualkan.
"Mereka (Ketua-Ketua Ranting) terkilan dengan surat arahan tersebut memandangkan aktiviti yang akan di adakan merupakan kehendak perlembagaan parti dan mereka memilih untuk mengadakan di rumah-rumah mereka memandangkan ianya lebih mudah bagi ahli-ahli yang tinggal di persekitaran kawasaan ranting dan yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk mengahdiri mesyuarat", tambah Malai Hassan.
"Saya sendiri pun terkilan dengan surat arahan tersebut. Saya masih ingat Peusurhjaya Polis, Pehin Dato Seri Zainudin di beberap pertemuan tidak rasmi pernah memberikan pandangan pentingnya NDP lebih menumpukan usaha memantapkan ranting-ranting".
"Surat arahan terbaru yang di terima selain dari arahan-arahan terdahulu tidak membenarkan ranting-ranting mengunakan rumah persendirian sebagai pejabat dan arahan tidak membenarkan ranting-ranting mengadakan aktiviti-aktiviti termasuk bermesyuarat di rumah ketua-ketua ranting sangat bercanggah dengan semangat untuk memantapkan ranting-ranting seperti yang di sarankan".
"Jadinya saya secara peribadi timbul keliru apakah saranan tersebut tulus dan ikhlas atau saja-saja sebagai bahan perbualan?", keluh Malai Hassan.
Beliau menaruh harapan setelah perjumpaan dengan ROS dan penjelasan yang di berikan (mengenai pentingnya memudahcara ranting-ranting mengadakan aktiviti terutama kewajipan mengadakan mesyuarat tahunan di rumah ketua-ketua ranting) pihak ROS akan dapat mempertimbangkan permohonan terbaru yang di buat.
Menurut Malai Hassan antara cadangan yang diajukan sekiranya permohonan untuk mengunakan rumah ketua ranting tidak dapat di persetujui ialah kebenaran agar di mudahcara ranting-ranting berkenaan mengadakan mesyuarat tahunan di balai-balai raya berdekatan (jika di izinkan oleh pihak-pihak berkuasa selain dari ROS), atau di kawasan-kawasan lapang berdekatan rumah ketua ranting seperti dalam gerej kereta yang di anggarkan boleh menampung sekitar 20 ke 40 orang ahli atau mengunakan khemah di taman-taman peranginan seperti di Taman Jubli Kuala belait dan di Taman Perangina Pantai Lumut. (MHO)
|