Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Limbang: Pemimpin politik Sarawak sambut baik

KUCHING 17 Mac - Pemimpin parti politik di negeri menyambut baik pengguguran tuntutan ke atas Limbang oleh Brunei Darussalam selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran di Istana Nurul Iman pada pukul 12.05 tengah hari semalam.

Menurut mereka, langkah itu akan menjadikan usaha kerajaan memajukan Limbang akan berjalan lancar sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, mereka berpendapat, pengguguran itu juga akan memberi faedah kepada rakyat negara ini yang kerap menggunakan laluan negara berkenaan untuk berurusan.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan Brunei menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang akan memacu pembangunan di kawasan sempadan itu secara lebih terperinci dan teratur.

Katanya, pembangunan yang sedang dirancang kerajaan negeri di kawasan berkenaan seperti pembinaan empangan hidroelektrik Sungai Limbang akan memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan.

"Kita menyambut baik pengguguran itu kerana ia jelas memberi faedah dalam jangka masa panjang kepada penduduk di kedua-dua belah negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelantikan dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Lundu dekat sini.

Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei.

Selain masalah persempadanan darat di Limbang, penemuan sumber baru minyak di kawasan seluas 150 kilometer oleh Petronas turut mencetuskan masalah persempadanan maritim kedua-dua negara berjiran itu.

Dengan pengguguran itu, ia menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih kedua belah negara yang berlarutan sejak 1995.

Bagi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dr. James Jemut Masing berkata, beliau mengalukan-alukan tindakan Brunei menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang.

Menurutnya, ia akan memudahkan urusan rakyat negara ini yang kerap keluar masuk ke negara berkenaan untuk berurusan.

"Ia hadiah terbaik kepada Perdana Menteri kerana beliau berjaya menyelesaikan isu tersebut sebelum beliau bersara.

"Kami berterima kasih dengan kejayaan Abdullah kerana menyelesaikan isu ini yang jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom pula memberitahu, pengguguran tuntutan itu usaha baik dari kerajaan Brunei untuk membina hubungan yang kukuh dengan kerajaan Malaysia.

Katanya, rakyat negara ini akan mendapat manfaat yang sewajarnya daripada pengguguran itu yang membolehkan hak mereka untuk menggunakan laluan di negara berkenaan.

"Jelas ia menunjukkan petanda baik bagi kedua-dua negara dalam membina hubungan yang kukuh serta memberi manfaat kepada negara masing-masing," katanya. (Utusan Malaysia)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.