Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Isu tuntutan Brunei keatas Limbang - NDP minta ketelusan dan rakyat di rundingi

LIMBARUH HIJAU 19 MAC 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan penjelasan yang di buat oleh Pehin Dato Seri Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengenai kedudukan tuntutan Brunei keatas Limbang walaupun penjelasan sedemikian sepatutnya dibuat awal-awal lagi bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penduduk Brunei terutama mereka yang masih berkampong dalam kawasan yang di pertikai yang juga merupakan 'stake holder' terbesar dalam isu ini.

"Dalam masa sama NDP juga berpandagan kekeliruan yang timbul berikutan kenyataan yang di buat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh di elakkan sekiranya pihak-pihak berkenaan di Brunei awal-awal lagi lebih bersikap telus dalam menangani isu penyelesaian pertikaian sempadan antara Brunei dan Malaysia dan isu Limbang tersebut", tegas Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman ketika di minta pandangan mengenai isu-isu tersebut.

"Justeru atas sebab inilah (kesamaran maklumat) juga kenapa NDP awal-awal lagi tidak berani membuat sebarang komen", tambah beliau.

"Namun demikian apa yang jelas sekarang dan perlu di ambil iktibar oleh semua pihak isu pertikaian sempadan dan isu tuntutan Brunei keatas Limbang sangat menarik minat semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini. Kita dapat merasakan kekecewaaan ramai apabila media-media tempatan dan luar

negeri menyiarakan berita yang mendakwa Brunei telah mengugurkan tuntutan keatas Limbang".

Dalam hal ini dan berpandukan penjelasan yang di buat oleh Pehin Dato Lim Jock Seng, tambah sdr Morshidi, NDP berpandangan isu sempadan dan isu tuntutan Brunei keatas Limbang merupakan dua isu yang berasingan.

"Justeru NDP melihat perjanjian yang baru di tandatangani untuk penyelesaian isu sempadan Brunei dan Malaysia hanya merupakan satu pra syarat kearah penyelesaian abadi isu tuntutan Brunei keatas Limbang".

"Dalam lain perkataan NDP melihat penadatanganan Surat Pertukaran bagi penyelesaian isu sempadan darat dan laut antara Brunei dan Malaysia tidak merobah sedikitpun kedudukan Brunei dalam isu tuntutannya keatas Limbang".

"Apa yang perlu di perjelaskan sekarang sama ada Brunei masih berminat untuk meneruskan tuntutannya keatas Limbang. Perkara ini masih samar-samar dan perlu di perjelaskan bagi mengelakkan andaian-andaian yang kurang sihat".

"Jika sekiranya Brunei masih berminat apakah syarat-syarat yang perlu di tetapkan oleh pihak Brunei untuk jalan penyelesaian isu tersebut?", ujar sdr Morshidi.

Walau bagaimanapun penjelasan Pehin Dato Lim Jock Seng sedikit membuatkan NDP berasa lega memandangkan Brunei masih di kedudukan yang kukuh dalam isu sempadan dan tuntutan Brunei keatas Limbang.

Katanya lagi NDP seterusnya berharap pihak kerajaan akan lebih telus dalam menangani isu yang sangat menyentuh jiwa rakyat dan penduduk yang merupakan 'stake holders' terbesar dalam hal yang bukan sahaja semata-mata bagi kepentingan masa depan ekonomi negara bahkan dalam skop yang lebih luas juga turut menyentuh maruah bangsa, kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah.

"Dalam konteks ini NDP juga berharap pihak kerajaan akan merundingi rakyat dalam proses mencari jalan penyelesaian tuntutan Brunei katas Limbang", tegas sdr Morshidi.

"Keputusan untuk mengugurkan tuntutan Brunei keatas Limbang merupakan satu keputusan yang terlalu besar untuk di buat justeru rakyat perlu di rundingi untuk sama-sama bertanggunjawab kepada sejarah dan agar bukan satu pihak sahaja akan di persalahkan jika keputusan yang di ambil jelas, dalam jangka panjang, akan merugikan negara", tambah sdr Morshidi. (MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.