Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Isu Limbang - Malaysia anggap selesai...Brunei tidak cakap pun!

LIMBARUH HIJAU 20 MAC 2009 - APAKAH terdapat satu persefahaman antara Brunei dengan Malaysia bahawa Brunei akan mengugurkan tuntutan keatas Limbang sebaik sahaja kedua-dua negara bertukar-tukar surat perjanjian untuk menyelesaikan isu sempadan?

Wallhuwalam. Apa yang jelas pihak Brunei (dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pehin Dato Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ll), telah menekankan isu tuntutan Brunei keatas Limbang tidak pernah dibincangkan dalam perundingan untuk menyelesaikan isu sempadan tersebut.

Apakah ini bererti tuntutan Brunei keatas Limbang tidak berubah iaitu masih kekal belum di gugurkan dengan berlakunya pertukaran surat-surat perjanjian tersebut? Wallahuwalam!

Bagi pihak Malaysia pula ianya tidak teragak-agak 'menganggap' persoalan mengenai Limbang selesai apabila pertukaran surat-surat perjanjian yang dimeterai oleh Brunei Darussalam dan Malaysia berkaitan sempadan negara dimuktamadkan.

"Sememangnya perkataan Limbang itu tidak ada di dalam perbincangan persempadanan tetapi pandangan umum apabila kelima-lima perjanjian ukur ini dimeterai dan dilaksanakan maka soal semua persempadanan akan selesai dan ayat bahawa dengan pelaksanaan kelima-lima perjanjian ini, maka selesai semua isu yang berkaitan dengan sempadan".

"Maka ini telah diterima. Konsep itulah banyak pihak beranggapan bahawa kedudukan Limbang juga pada masa itu akan selesai", tegas Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim ketika mengulas laporan mengenai kenyataan Brunei berhubung isu tuntutan ke atas Limbang. Ulasan beliau dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam.

"Kita tidak boleh pertikaikan apa yang mereka (Brunei) anggap, bagi kita pula, kita terus menerus iktiraf pertukaran surat mengikut (perkara) yang ada di dalamnya, kita menghormati dan kita menyusul perjanjian kelima-lima yang ditandatangani sejak tahun 1920 sehingga 1939," kata Rais.

"(Perkataan) Limbang tidak ada disebut di dalam persuratan itu. Cuma tanggapan bahawa apabila selesai kelima-lima perjanjian berkenaan, isu Limbang pun selesai... jadi orang telah membuat beberapa takrif".

"Itu terserah kepada mereka tetapi apa yang penting, hubungan Malaysia-Brunei tetap intim dan kita tidak terpengaruh dengan apa-apa kenyataan politik yang dibuat sebab kedua-dua pihak mempunyai ahli politik yang ramai," katanya.

Katanya apabila kerja-kerja fizikal pengukuran sempadan daratan selesai yang melibatkan prinsip kelima-lima perjanjian tersebut serta sukatan maritim selesai dibuat, butiran persempadanan akan diumumkan.

Jawatankuasa teknikal akan turut ditubuh, dan perbincangan serta kerja-kerja fizikal pengukuran sempadan berkenaan dijangka akan siap dalam masa dua tahun, katanya.

Menurut Rais, sempadan di antara Sarawak dan Brunei meliputi jajaran dan juga kawasan perairan yang penting dan perlu diukur, dan menerusi kelima-lima perjanjian berikut, Malaysia mempunyai kuasa dan bidang yang cukup meliputi semua isu persempadanan.

Sementara itu berikut di senaraikan kelima-lima perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1920 sehingga 1939 yang akan digunakan untuk menyelesaikan isu sempadan antara Brunei dengan Malaysia selain menggunakan prinsip "watershed," yang akan menjadi panduan kepada kedua-dua pihak untuk sukatan darat, serta United Nation Convention on Law of the Sea untuk menetapkan EEZ dan perairan wilayah

PETA MENUNJUKKAN KAWASAN-KAWASAN KE LIMA-LIMA PERJANJIAN - SUMBER JABATAN UKUR MALAYSIA

1. Perjanjian berhubung Sungai Pandaruan dan Daerah yang ditandatangani oleh GE Cator (British Resident Brunei) dan HSB Johnson (Residen Division ke-5, Sarawak) pada 4 Februari 1920 yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 78.0 km.

2. Perjanjian berhubung sempadan antara Belait dan Sungai Baram dari persisiran laut ke terusan Pagalayan yang ditandatangani oleh Residen British di Brunei dan HD Aplin, Residen Division Sarawak ke-4 pada 25 Ogos 1931 yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 29.7 km.

3. Perjanjian berhubung sempadan antara Trusan dan Temburong dari persisiran ke Bukit Sagan yang ditandatangani oleh Residen British di Brunei dengan Residen Division ke-5 pada 31 Oktober 1931 yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 19.0 km.

4. Perjanjian berhubung sempadan antara Limbang dan Brunei dari persisiran ke sebelah barat Bukit Gadong yaang ditandatangani oleh Residen British di Brunei dengan Residen Division ke-5 Sarawak pada 24 Februari 1933 yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 37.0 km.

5. Perjanjian berhubung sempadan dari terusan Pagalayan ke daerah pergunungan Teraja (Teraja Highlands) yang di tandatangani oleh Residen British di Brunei dengan Residen Dibision ke-4 Sarawak pada 4 November 1939 yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 43.6 km. (laporan disusun oleh MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.