LIMBARUH HIJAU 31 MAC 2009 - "The existing political parties have very limited membership and have difficulty in organising it's meeting through lack of quorum. They do not enjoy popular support".
Terjemahan kasar kenyataan di atas berbunyi, "Pertubuhan-pertubuhan politik yang ada mempunyai keahlian yang terhad dan menghadapi kesukaran mengadakan mesyuarat kerana tidak cukup kourum. Mereka tidak mendapat sokongan popular dari rakyat".
Kenyataan yang tertara di atas di petik dari artikel berhubung Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang di siarkan di laman web Kerajaan Negara Brunei Darussalam(http://www.brunei.gov.bn/government/contitut.htm).
Kenyataan tersebut jelas cuba mengambarkan senario politik di Brunei dan pandangan kerajaan terhadap perkembangan parti-parti politik di Brunei pada masa artikel tersebut dibuat dan di siarkan.
Mungkin kenyataan tersebut sudah outdated dan tidak relevan lagi justeru wajar dii kemaskinikan agar dapat mengambarkan perkembangan sebenar pertubuhan-pertubuhan politik di negara ini.
Sebagai contoh buat masa ini hanya sebuah parti politik yang kekal wujud iaitu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) manakala pertubuhan parti politik yang lain telah di batalkan pendaftarannya atas sebab-sebab kegagalan memenuhi kehendak partauran Pendaftar Pertubuhan dan krisis dalaman parti.
Statement yang di sebutkan diatas dalam konteks perkembangan NDP sepanjang hampir 4 tahun kebelakangan ini tidak mengambarkan hakikat sebenar perkembangan politik di Negara Brunei Darussalam.
Jika jumlah bilangan ahli di jadikan sukat-sukat, NDP Alhamdullilah dalam suasana politik yang tidak mengizinkan dan tidak mesra politik rakyat berhasil merekrut seramai 2000 ahli dalam masa kurang 4 tahun.
NDP yakin lebih ramai lagi berminat untuk menjadi ahli jika suasana politik diwarnai dengan perlaksanaan dasar, undang-undang dan peraturan negara yang lebih mesra politik.
NDP juga yakin lebih ramai lagi berminat untuk menjadi ahli jika tidak di takut-takutkan dengan perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang senghaja di sempitkan-sempitkan untuk menghalang perkembangan pertubuhan politik di negara ini.
Mungkin ada sebilangan orang yang kurang bersetuju dengan pandangan ini. Akan tetapi inilah hakikat yang dapat di rasakan oleh ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP sepanjang hampir 4 tahun berusaha membina NDP menjadi sebuah pertubuhan politik yang berwibawa.
Halangan-halangan dan rintangan-rintagan yang di hadapi banyak yang di senghajakan.
Memang betul parti-parti politik sebelum ini sering menghadapi masalah mengadakan mesyuarat dan masalah yang sering di hadapi ialah tidak cukup kourum.
Alhamdullilah NDP sejauh ini dapat mengatasi masalah ini hanya baru-baru ini apabila pihak Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan ranting-ranting mengadakan mesyuarat tahunan ranting di rumah-rumah ketua ranting atas alasan ianya merupakan kegiatan politik dan boleh mengangu ketenteraman awam jika di adakan di rumah-rumah persendirian.
2 buah ranting iaitu Ranting Kilanas dan Ranting Lamunin di Tutong minggu lepas hampir gagal mengadakan mesyuarat tahunan yang di jadualkan kerana tidak cukup kourum apabila terpaksa menukar tempat mesyuarat yang jauh dari kawasan mereka berikutan surat arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ramai ahli tidak dapat hadir kerana masakah kenderaan apabila tempat bermesyuarat di tukar di tempat yang jauh dari kawasan mereka tinggal. Alhamdullilah perkara ini akhirnya dapat di atasi setelah di tunda buat beberapa jam untuk mempastikan mesyuarat cukup kourum.
Masalah yang sama belum berakhir. Lagi 23 buah ranting akan bermesyuarat tahunan dan sebilangan masih mencari tempat sesuai untuk bermesyuarat seperti di dewan-dewan kemasyarakatan atau balai-balai raya seperti yang di sarankan oleh ROS.
Sebelum ini NDP juga menghadapi masalah mendaftar ranting-ranting baru berikutan langkah ROS menarik balik kebenaran membenarkan rumah ketua-ketua ranting di jadikan pejabat sementara ranting-ranting.
Persoalannya sekarang ini apakah statement yang di buat oleh pihak berkenaan seperti yang tertara di atas tepat dan relevan?
Apa yang membimbangkan mungkin terdapat usaha untuk mempastikan statement tersebut kekal tepat dan relevan. Wallahuwalam. (Artikel ini merupakan pandangan penulis Malai Hassan Othman)
|