Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei gugur tuntutan

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ketetapan itu adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai menerusi rundingan perjanjian bersama Malaysia-Brunei berhubung isu persempadanan darat dan maritim membabitkan kedua-dua negara.

“Rundingan mengenai isu persempadanan ini berlangsung sejak 1995 dan kini perkara pokoknya sudah diselesaikan manakala butiran terperinci akan dibincang jawatankuasa yang bakal dibentuk. Ini termasuk perkara berkaitan (tuntutan) Limbang yang memang sudah diketahui semua pihak.

“Ia kini selesai dan Brunei telah menggugurkan isu ini. Limbang kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia, selaku wilayah kita,” katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, di sini semalam.

Isu mengenai tuntutan ke atas Limbang, yang kedudukannya diapit oleh daerah Brunei-Muara dan Temburong (ke arah Sabah) timbul setiap kali masalah persempadanan Malaysia-Brunei dibangkitkan sejak pembentukan Malaysia pada 1983.

Daerah itu, yang mempunyai keluasan 3,978 kilometer persegi, didiami penduduk etnik Melayu, Lun Bawang, Cina, Kedayan, Iban, Bisaya, Kelabit, Tagal dan Penan. Ia menjadi sebahagian Sarawak ketika pemerintahan James Brooke pada 1890. Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan dan menganggotai Malaysia pada 1963, Limbang kekal sebagai satu daripada daerahnya.

Abdullah, yang dalam rangka lawatan dua hari ke sini, berkata dengan selesainya masalah itu, Brunei dan Malaysia memasuki era baru dalam perhubungan dua hala dan kerjasama pelbagai bidang.

“Saya ingin menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah dan kerajaan Brunei atas kerjasama yang diberi.

“Kita juga yakin penyelesaian isu tuntutan itu dicapai tanpa ada perkara yang menimbulkan sebarang perasaan tidak senang hati atau negatif dan Insya-Allah, ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, sebelum kedua-duanya menandatangani Surat Pertukaran (LoE) yang antara lain mengandungi beberapa prinsip kerjasama untuk dilaksanakan ke arah menentukan persempadanan darat dan maritim dua negara.

Antara delegasi Malaysia yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Delegasi Brunei pula membabitkan Putera Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua, Pehin Datuk Seri Setia Lim Jock Seng.

Dalam kenyataan bersama Abdullah dan Sultan Hassanal Bolkiah yang dikeluarkan semalam, kedua-dua pihak bersetuju bahawa:

* LoE itu memuktamadkan persempadanan maritim Malaysia-Brunei, pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, penentuan sempadan darat Malaysia-Brunei serta hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli;

* Penyelesaian isu persempadanan maritim menentukan ketetapan sempadan laut, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kedua-dua negara. Malaysia dan Brunei berhak melaksanakan undang-undang dan peraturan, di samping memulakan pembangunan baru di perairan sendiri;

* Persempadanan darat Malaysia-Brunei akan diselesaikan berdasarkan lima perjanjian bersejarah sedia ada antara kerajaan Sarawak dan Brunei;

* Pertukaran Surat itu mencerminkan kemampuan kedua-dua negara mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan memanfaatkan semua pihak;

* Pegawai kedua-dua negara akan mengambil langkah susulan, selain memantau pelaksanaan penuh segala peruntukan yang terkandung dalam dokumen terbabit; dan

* Kedua-dua pemimpin yakin LoE itu akan membuka laluan ke arah pembentukan perkongsian strategik dan kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang terutama pelaburan dan perdagangan, sumber tenaga dan hidrokarbon, pelancongan pendidikan, pertanian, infrastruktur, perbankan, industri halal dan hubungan sesama penduduk dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. (BH)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.