Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei Gugurkan Tuntutan Ke Atas Limbang

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Brunei secara rasminya menggugurkan tuntutannya sejak sekian lama terhadap Limbang, bahagian di utara Sarawak, menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata ini adalah sebahagian daripada peristiwa bersejarah berikutan pemeteraian Surat Pertukaran (LoE) antara beliau dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi penyelesaian isu tuntutan bertindih sempadan Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman di sini Isnin.

"Persetujuan yang dicapai dalam Surat Pertukaran itu ialah penyelesaian isu tuntutan ke atas Limbang yang Brunei telah gugurkan dan ini bermakna Limbang kini telah menjadi sebahagian Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Suruhajaya Tinggi Malaysia di Brunei sebelum berlepas pulang selepas mengadakan lawatan kerja dua hari ke Brunei.

Limbang terletak di tebing Sungai Limbang di antara dua bahagian Brunei dan meliputi kawasan seluas 3,978 km persegi dengan populasi lebih 40,000, telah diilhakkan oleh Raja Brooke pada 1890 daripada Brunei untuk menjadi bahagian kelima Sarawak, dan Brunei mempertikaikan tindakan pengilhakkan itu.

Abdullah dalam menjunjung kasih ke atas Sultan Brunei dan kerajaannya atas kerjasama yang telah diberikan dalam mengatasi masalah persempadanan darat dan maritim ini secara baik dan positif.

"Dengan penyelesaian masalah persempadanan ini ianya tidak lagi menghantui kedua-dua buah negara. Bahkan dengan selesainya masalah ini, Brunei dan Malaysia akan kini masuk ke satu era baru dalam perhubungan dua hala dan juga kerjasama dalam pelbagai bidang yang lain...semuanya membawa kebaikan kepada kedua-dua negara," katanya.

Sementara itu, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin menyatakan antara perkara utama yang terkandung dalam LoE itu ialah modaliti bagi penyelesaian muktamad persempadanan daratan antara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, persempadanan itu akan diselesaikan berasaskan kepada lima perjanjian sejarah sedia ada antara Kerajaan Brunei dan Kerajaan Sarawak, dan sewajarnya, mengikut prinsip titik perubahan.

"Dengan itu, semua isu berkaitan dengan sempadan daratan kedua-dua negara akan diselesaikan sewajarnya," katanya.

Menurut kenyataan itu, antara elemen utama dalam LoE itu ialah "tiada penggantungan hak akses maritim bagi warganegara dan penduduk Malaysia untuk menyeberangi zon maritim Brunei dalam perjalanan pergi dan balik daripada destinasi mereka di Sarawak, Malaysia dengan syarat undang-undang dan peraturan Brunei dipatuhi.

"Penyelesaian isu persempadanan maritim itu memastikan ketetapan berhubung persempadanan kawasan laut, pentas benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) kedua-dua negara. "Kedua-dua negara akan dapat menguatkuasakan peraturan dan undang-undang mereka dan menjalankan pembangunan di kawasan zon maritim amsing-masing," katanya.

Kenyataan dua muka surat itu juga menyatakan LoE, yang merupakan peristiwa bersejarah bagi Brunei dan Malaysia, mencerminkan keupayaan kedua-dua negara untuk mencapai penyelesaian secara komprehensif, adil dan saksama demi kepentingan kedua-dua negara.

Katanya kedua-dua pemimpin percaya pemeteraian surat itu akan membuka laluan bagi pewujudan kerjasama strategik dan memperkukuhkan usahasama dalam semua bidang, terutamanya perdagangan dan pelaburan.

Bidang lain ialah tenaga dan sumber hidrokarbon, pelancongan, pendidikan, pertanian, infrastruktur, perbankan, industri halal dan hubungan rakyat dengan rakyat dengan tumpuan khas kepada dua negeri di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, menurutnya.

Kedua-dua pemimpin percaya "hubungan persaudaraan antara Brunei dan Malaysia akan menyumbangkan kepada penggalakkan keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

Mereka juga mengarahkan pegawai dan perwakilan untuk membuat susulan dan memantau pelaksanaan penuh ketetapan dalam surat berkenaan, yang menandakan kejayaan penyelesaian rundingan itu, dengan kriteria sejarah, perundangan dan lainnya yang relevan diterima kedua-dua pihak. Sementara itu, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin menyatakan antara perkara utama yang terkandung dalam LoE itu ialah modaliti bagi penyelesaian muktamad persempadanan daratan antara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, persempadanan itu akan diselesaikan berasaskan kepada lima perjanjian sejarah sedia ada antara Kerajaan Brunei dan Kerajaan Sarawak, dan sewajarnya, mengikut prinsip titik perubahan.

"Dengan itu, semua isu berkaitan dengan sempadan daratan kedua-dua negara akan diselesaikan sewajarnya," katanya.

Menurut kenyataan itu, antara elemen utama dalam LoE itu ialah "tiada penggantungan hak akses maritim bagi warganegara dan penduduk Malaysia untuk menyeberangi zon maritim Brunei dalam perjalanan pergi dan balik daripada destinasi mereka di Sarawak, Malaysia dengan syarat undang-undang dan peraturan Brunei dipatuhi.

"Penyelesaian isu persempadanan maritim itu memastikan ketetapan berhubung persempadanan kawasan laut, pentas benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) kedua-dua negara.

"Kedua-dua negara akan dapat menguatkuasakan peraturan dan undang-undang mereka dan menjalankan pembangunan di kawasan zon maritim amsing-masing," katanya. Kenyataan dua muka surat itu juga menyatakan LoE, yang merupakan peristiwa bersejarah bagi Brunei dan Malaysia, mencerminkan keupayaan kedua-dua negara untuk mencapai penyelesaian secara komprehensif, adil dan saksama demi kepentingan kedua-dua negara.

Katanya kedua-dua pemimpin percaya pemeteraian surat itu akan membuka laluan bagi pewujudan kerjasama strategik dan memperkukuhkan usahasama dalam semua bidang, terutamanya perdagangan dan pelaburan.

Bidang lain ialah tenaga dan sumber hidrokarbon, pelancongan, pendidikan, pertanian, infrastruktur, perbankan, industri halal dan hubungan rakyat dengan rakyat dengan tumpuan khas kepada dua negeri di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, menurutnya.

Kedua-dua pemimpin percaya "hubungan persaudaraan antara Brunei dan Malaysia akan menyumbangkan kepada penggalakkan keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

Mereka juga mengarahkan pegawai dan perwakilan untuk membuat susulan dan memantau pelaksanaan penuh ketetapan dalam surat berkenaan, yang menandakan kejayaan penyelesaian rundingan itu, dengan kriteria sejarah, perundangan dan lainnya yang relevan diterima kedua-dua pihak. Abdullah, yang diiringi isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah, sebelum itu mengetuai delegasi Malaysia, yang termasuk Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, pada majlis bersejarah itu yang diadakan di Istana Nurul Iman.

Mereka disambut oleh Sultan Brunei dan dua isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Turut hadir Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Abdullah kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah sebelum kedua-dua mereka beredar ke majlis pemeteraian surat itu yang diadakan di Bilik Kabinet.

Majlis itu turut disaksikan delegasi kedua-dua negara termasuk Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Brunei Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua Pehin Datuk Seri Setia Lim Jock Seng.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Abdullah kemudiannya berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

-- BERNAMA

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.