LIMBARUH HIJAU 2 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Temburong di jangka akan keluar mengundi esok bermula jam 9 pagi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding bagi kerusi ahli Majlis Tertinggi Brunei-Muara.
NDP mempunyai 2 buah ranting di Daerah Temburong yang di anggotai oleh 104 orang ahli yang berdaftar dan layak mengundi iaitu 73 ahli di Ranting 1 dan 31 ahli di ranting 2.
Mereka di jangka akan membuang undi di Markas NDP di Bukit Tuau Temburong sebaik sahaja mereka selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting masing-masing.
Ranting NDP Temburong 1 telah di jadualkan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting di sebelah pagi manakala Ranting NDP Temburong 2 di sebelah tengah hari.
Di Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, Ranting NDP Temburong 1 dan 2 juga akan memilih barisan kepimpinan baru Majlis Eksekutif Ranting mereka masing-masing termasuk Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Ranting bagi sesi 2009 - 2012.
Dalam pemilihan umum barisan kepimpinan NDP bagi sesi 2009 - 2012 ini sebanyak 28 kerusi bagi jawatan pusat, iaitu kerusi Presiden, Timbalan Presiden, 4 kerusi Naib Presiden dan 22 kerusi Majlis Tertinggi (7 Brunei-Muara, 6 Belait, 4 Tutong dan 2 Temburong, 1 kerusi Ketua Himpunan Non-Muslim, 1 kerusi Himpunan Pemuda dan 1 kerusi Himpunan Wanita), telah di bukakan untuk pencalunan.
Lebih 50 orang ahli NDP dari seluruh negara termasuk muka-muka lama dalam barisan kepimpinan parti bagi sesi 2006 - 2008 telah di namakan sebagai calun-calun untuk bertanding bagi 28 kerusi jawatan pusat tersebut.
Hanya 7 kerusi bagi jawatan Majlis Tertinggi Brunei-Muara kekal di pertandingkan setelah proses-proses eliminasi pertama dan kedua menyakiskan kerusi-kerusi yang lain, termasuk kerusi Presiden dan Timbalan Presiden, tidak lagi perlu di pertandingkan berikutan langkah calun-calun mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada saingan-saingan mereka menang tanpa bertanding.
CALUN-CALUN AHLI MAJLIS TERTINGGI BRUNEI-MUARA |

Hj Hidup Lamit |

Hj Juned Ramli
|

Hj Mohd Kasim Safar |

Mantar Perayam |

Mejar (B) Haji Ja'afar |

Hj Md Zapar |

Hj Azahari Jais |
|

Haji Metussin Ibrahim |

Pengiran Haji Metarshad |
|

Awang Abdul Halim Hj Jumat |
Sejauh ini 2 buah ranting iaitu Ranting Kilanas dan Ranting Lamunin telah membuang undi bagi pemilihan 7 calun-calun kerusi Majlis Tertinggi Brunei-Muara. Ranting Kilanas pada 21 Mac dan ranting Lamunin pada 22 Mac lalu.
Esok gilran ahli-ahli di Daerah Temburong untuk membuat pemilihan mereka.
Tarikh rasmi berakhir Pemilihan Umum barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009 - 2012 seluruh negara akan berakhir pada 15 April ini manakala kotak-kotak undi bagi undi-undi tertunda hanya akan di bukakan hingga akhir bulan April ini.
|