MAHA 2006 beri semangat baru kepada pengusaha-pengusaha Brunei

 
 
KUALA LUMPUR NOV 27, 2006: SEROMBONGAN 42 ORANG ahli-ahli Parti Pembangunan (NDP) termasuk beberapa orang ahli-ahli perniagaan tempatan dan peladang yang sekarang berada di Kuala Lumpur akan dijangka pulang ke tanah air membawa bersama mereka idea dan pengetahuan baru yang diperolehi semasa berkunjung ke MAHA 2006, satu expo terbesar bidang pertanian dan industri asas tani yang pernah dianjurkan oleh negara Malaysia.

Semasa melawat ke komplek MAHA 2006 di Serdang, mereka telah manyaksikan pameran-pameran yang mengenegahkan teknologi pertanian dan sektor asas tani yang berinovasi tinggi, produk-produk pertanian dan juga jentera-jentera pertanian yang telah berjaya membawa sektor pertanian dan industri asas tani di Malaysia dan negara-negara lain produktif dan lebih kompetitif dalam bidang pertanian.


Gambar atas dan bawah:Bergambar kenang-kenangan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA

MAHA 2006 yang berlangsung di komplex expo pertanian yang memakan belanja lebih RM220 juta untuk dibina bermula pada 23 November lalu dan sepatutnya berakhir pada 26 November kelmarin akan tetapi dianjakkan lagi hingga hari ini memandangkan sambutan yang diluar jangkaan penganjur.

Laporan terkini lebih 1 juta pengunjung telah mengunjungi MAHA 2006 sejak ianya dimulakan pada 23 November lalu.

Rombongan ahli-ahli NDP serta peniaga-peniaga dan petani-petani diketuai leh Awang Haji Matzin Saleh, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP. Beliau juga merupakan Pengarah Syarikat AgriDev Sdn Bhd.
MAHA 2006 yang bertemakan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ telah menyediakan sebanyak 976 petak-petak. Dari jumlah tersebut sebanyak 279 petak diguanakan oleh peserta dari 11 negara termasuk Australia, New Zealand, Belgium, United Kingdom, Holland, Canada, China, India, Taiwan, Thailand dan Indonesia untuk mempamerkan produk-produk dan jentera-jentera serta teknologi pertanian mereka.

Sempat ditemuramah oleh stesyen TV di Malaysia.
Gambar kanan: Menikmati jamuan dirumah Tibalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.