KUALA BELAIT, Khamis 20 MACH 2008 - Dalam Surah Luqman dijelaskan tentang elemen-elemen yang dituntut ke atas tunas bangsa antaranya ialah hendaklah menjadi belia yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT, menjaga akidah dari perkara-perkara syirik, berbuat baik dan berbakti pada kedua ibubapa serta menjaga sembahyang dan memperbanyakkan zikir.
Selain itu belia juga perlu membiasakan diri berbuat kebajikan dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang di larang sekalipun syubhah dan tabah menghadapi segala kesulitan dan kesukaran hidup.
Sementara itu Al-quran juga mengingatkan kepada para belia supaya menjauhi sikap sombong dan angkuh serta menjaga penampilan diri dengan adab sopan dan kehalusan tuturkata yang boleh diteladani.
 |
Perkara itu ditekankan oleh Timbalan Menteri Perhubungan Dato Paduka Awang Haji Yusof bin Haji Abd Hamid ketika berucap selaku tetamu kehoramat pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1429/2008 bagi Daerah Belait yang di adakan di Padang Bandaran dekat sini hari ini.
Beliau berkata lagi masyarakat kita khasnya tunas bangsa pada hari ini lebih cenderong kepada budaya barat yang menjadi cabaran menuju arus pemodenan sebagaimana yang sering diistilahkan.
“Ini dapat dilihat melalui cara berpakaian, pergaulan serta rancangan-rancangan yang disiarkan melalui
|
m
edia-media yang mengelirukan pemikiran tunas bangsa sehingga mereka menyangka bahawa ini lah dia evolusi peradaban yang patut di terima oleh masyarakat masa kini padahal ianya sudah jauh terpesong dari akhlak Al-quran” ujarnya.
Sebanyak 61 buah kumpulan termasuk pasukan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menyertai perhimpunan dan perarakan sambutan tahun ini yang bertema “Tunas Bangsa Berakhlak Al-Quran”.
Sementara itu di Daerah Tutong, pasukan NDP seramai lebih 100 orang juga turut serta di perhimpunan dan perarakkan sambutan Maulidul Rasul itu manakala di Daerah Brunei-Muara puila ahli-ahi NDP ikut serta di majlis-majlis zikir yang diadakan di mesjid-mesjid dan surau-surau di daerah tersebut.
S
emalam, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP mengepalai pasukan zikir NDP yang terdiri dari ahli-ahli NDP untuk ikut serta di majlsi zikir yang dianjurkan oleh Jawatankuasa takmir Masjid Sengkurong.
Di sebelah petang Rabu kelmarin HAWA pusat turut menemarakkan sambutan Maulidul Rasul dengan mengadakan majlis zkir di markas pusat HAWA di Jerudong.