LIMBARUH HIJAU 21 MACH 2008 - TIMBALAN Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Mohidin Dato Paduka Pengarah Haji Othman, orang nombor dua pengurusan dan petadabiran NDP mengumukan beliau akan bercuti protes mulai hari ini.
 |
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden NDP sdr Mahmud Morshidi Othman ketika diminta penjelasan mengenai dengan tindakan yang diambil oleh Timbalan SUA itu berikutan langkah yang sama telah diambil oleh Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali pada hari Rabu lalu.
Awang Haji Amionrashid telah mengumumkan dia akan 'mogok' sementara sebagai membantah prosedur-prosedur yang dikenaan keatas NDP yang dilihatnya bercanggah
|
dengan semangat hak asasi rakyat memainkan peranan politik menjujung titah membangun bangsa.
Jelas timbalannya yang merupakan bekas pegawai kanan kerajaan yang ingin meneruskan khidmat bakti kepada negara, bangsa dan raja yang dikasihi walaupn sudah berpencen sepandangan dengan Setiasuaha Agung.
Belaiu sendiri pernah mengalirkan air mata mengenangkan nasib bangsa yang dilihatnya menjadi mangsa tekanan 'orang berkepentingan' yang hanya ingin melihat rakyat berterusan dungu agar mereka dapat mempertahankan 'staus quo' mereka dari disaingi oleh rakyat yang sedar.
Bukan beliau sahaja seorang yang 'rawan' hati ini, Awang Serudin Pungut, Ketua Himpunan Non-Muslim di mesyuarat Majlis Tertinggi ke 19 Rabu lalu 'meyidak' apabila membahaskan pandangan beliau terhadap nasib masa depan politik rakyat di negara ini yang sentiasa dipantau dengan ketatnya agar tidak terus memancarkan cahaya gilang gemilang.
Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman, apabila diminta penjelasan meluahkan rasa risau beliau dengan perkembangan terkini dalam parti.
"Jika perkara ini berterusan ianya akan boleh melumpuhkan sistem pengurusan dan pentadbiran NDP. Saya khuatir jika ini berlaku ianya akan boleh menjejaskan kemajuan NDP khususnya dan akan menghantar signal yang negatif mengenai dengan pekembangan politik rakyat di negara ini".
"Akhirnya bukan sahaja NDP akan rugi malahan negara dan bangsa juga akan rugi", ujar sdr Morshidi.
"Pihak-pihak yang akan tinggal ketawa ialah pihak-pihak yang berkepentingan yang ingin melihat dan berusaha meboktikan dengan apa cara pun bahawa rakyat Brunei belum bersedia untuk berpolitik dan parti politik tidak diperlukan dan tidak relevan di Brunei", tegasnya.