LIMBARUH HIJAU 21 MACH 2008 - ACARA perhimpunan dan perarakkan sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad (s.a.w) perlu dinilai semula untuk memastikan tujuan awal dan matlamat akhir acara tersebut diungkayahkan terlaksana dengan baiknya.
 |
"Kita risau melihat acara besar yang diadakan setiap tahun bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad semakin menjadi satu rutin dan adat yang tidak menepati niat awal dan matlamat akhir acara tersebut dilaksanakan".
"Niat awal acara tersebut diperkenalkan ialah untuk mengajak semua lapisan umat Islam di negara ini berkumpul dan berarak untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhamad (s.a.w). Matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan jati diri umat Islam dengan menanamkan kecintaan mendalam kepada Nabi Muhamad (s.a.w) yang telah diutus oleh Allah (s.w.t) untuk membimbing semua umat manusia di dunia ini kejalan
|
yang benar", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di majlis ramah mesra bersama ahli-ahli NDP di Kuala Belait yang menyertai acara sambutan Maulidul Rasul kelmarin.
"Apakah kita telah berjaya mencapai matlamat tesebut? Apakah kita sudah berjaya memantapkan lagi jati diri Islam kita dengan rasa kecintaan yang mendalam kepada Rasullulah tertanam dalam jiwa raga peserta-peserta? Jika tujuan kita untuk mengumplkan ribuan umat Islam berarak dengan gagahnya hingga mengerunkan kaum kufar, apakah kaum kufar sudah gerun dengan umat Islam?", soal sdr Morshidi.
 |
"Semua ini wajar kita persoalkan dalam usaha kita menilai semula pendekatan yang kita amalakan selama ini. Saya bimbang amalan rutin ini telah membawa masyarakat Islam kita terutama generasi baru ketahap 'mengadatkan' ibadat yang mulia itu", tegas sdr Morshidi di majlis yang diadakan di rumah Awang Haji Sulaiman, Ketua Perhubungan Biro Agama dan Pengerusi Himpunan Pemuda Daerah Belait.
"Apa tidaknya setiap tahun kita akan melihat peserta-peserta yang
|
berkumpul bercerita-cerita, bergurau senda dan kanak-kanak berlari-larian semasa ceramah dan ucapan berlangsung. Apabila perarakkan bermula, sebilangan peserta akan bercepat-cepatan seperti acara walkathon. Laungan salawat dan dzikir memuji-memuji Rasullulah tidak kedengaran keluar dari bibir-bibir mereka. Hanya pokok-pokok dan tiang-tiang letrik yang disangkutkan alat pembesar suara yang jelas berdziir dan berselawat", keluh sdr Morshidi.
 |
"Kita juga melihat setelah selesai acara perkumpulan dan perarakkan, padang-padang dan kawasan-kawasan temapt perkumpulan diadakan akan dipenuhi sampaa sarap, botol-botol kosong dan bekas-bekas makanan yang dibuang erata tempat".
"Semua ini tidak mengambarkan
|
akhak Islam dan akhlak Rasullulah mahupun akhlak yang dianjurkan dalam Al-Quran. Ianya tidak mengambarkan Islam yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. Malangya inilah yang kita gambarkan setiap tahun", tegas sdr Morshidi sambil menambah sudah tiba masanya pedekatan 'mengadatan ibadat' ini dinilai semula agar konsep maulidul rasul sebenarnya tidak lari dari matlamat asal dan dapat di menafaatkan sebaiknya.
Sehubungan dengan itu sdr Morshidi menegaskan NDP menyokong sepenuhnya titah seruan Baginda Sultan mengingatkan umat Islam agar upacara Maulidul Rasul untuk memperingati dan merayakan Hari Maulidul Rasul bukan dijadikan setakat acara berkumpul dan berdikir saja tetapi lebih penting daripada itu.
Baginda Sultan telah mengingaktkan kita untuk membuka balik lembaran kehidupan Baginda untuk dibaca dan diteliti, kemudian terus dipakai sebagai pedoman, tegas sdr Morshidi.
Harapan kita pihak-pihak berkenaan akan faham dengan mesej titah tersebut dan mengambil tindakan-tindakan bersesuaian demi untuk memberkesankan lagi upacara maulidul rasul itu, seru sdr Morshidi.
"Mun faham bisai. Masalahnya ada setengah-setengah pemimpin yang kurang faham dengan mesej-mesej Baginda Sultan dalam titah-titah Baginda yang lalu".
"Contohnya apabila Baginda Sultan menitahkan baru-baru ini bahawa Baginda telah melihat ada sebilangan pemimpin-pemimpin telah turun kesawah padi untuk bersama pengusaha sawah padi, maka 'berterjunanlah' beberapa pemimpin kesawah padi untuk bersama pesawah-pesawah sedangkan mesej Baginda sebenarnya ialah mengharapkan mereka yang turun kesawah padi itu bukan pandai turun kesawah padi sekadar berpesta sahaja untuk mendapatkan liputan media tapi melaksanakan tindakan selanjutnya untuk memajukan lagi perusahaan penanaman padi dan pertanian di negara ini".
'Masalah 'miscue' dan salah tafsiran mesej titah inilah yang selalu kita sering risaukan apatah lagi ianya terjadi diperingkat atasan yang diamanahkan untuk memimpin kita. Harapan kita mesej titah Baginda Sultan sempena Maulidul Rasul ini juga tidak ditafisrkan dengn pandangan yang sempit", ujar sdr Morshidi lagi.
Seruan Baginda agar umat Islam, terutama golongan muda perlu sentiasa tekun dan gigih untuk membangunkan negara dan perlu menjadi paksi kepada perubahan-perubahan besar yang bermanfaat haruslah kita fahami dan hayati dalam erti katanya yang sebenar, tegas sdr Morshidi.
Sementara itu dalam titah tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menekankan golongan muda atau tunas bangsa perlu memiliki ilmu dan akhlak.
"Bukan mereka lemah secara fizikal dan rohani, tetapi ialah mereka yang kuat. Bukan mereka yang kenyang dadah, tetapi yang kita mahu ialah mereka berseteru dengan dadah," titah baginda dalam Titah Khas ke seluruh negara malam ini sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad.
Baginda Sultan bertitah tiga perkara utama yang penting pada golongan muda selaku tunas bangsa dalam membangunkan negara ini ialah beriman, berakhlak dan berilmu.
"Semua elemen itu akan menjadikan mereka teguh, berani dan berketerampilan. Dalam makna, tanpa iman, akhlak dan ilmu, tidak akan ada apa-apa yang boleh diharapkan," titah baginda.
Menurut titah baginda, di samping memiliki ilmu dan akhlak, mereka juga mesti menjadi ibarat ikan di laut, walaupun 100 tahun dalam air masin namun pengaruh garam tidak memberi kesan untuk menjadikannya masin.
Baginda Sultan bertitah sejarah banyak mengajar mengenai usaha gigih yang dilengkapi iltizam kuat serta semangat ingin maju adalah penyebab utama kepada kemuliaan umat Islam pada masa lampau.
"Ia berlaku kepada semua peringkat terutama golongan muda yang menjadi harapan masa depan kita," titah Baginda Sultan.
Baginda Sultan seterusnya bertitah al-Quran sendiri tidak ketinggalan merakamkan contoh pemuda yang digantungkan harapan itu seperti kehadiran pemuda Ashabul Kahfi dengan risalah tauhid.
Meskipun jumlah mereka tidak ramai tetapi mereka tidak dapat digugat dan mereka tidak mampu dipengaruhi sebarang pengaruh negatif masyarakat ketika itu, titah Baginda Sultan.
Mereka terus teguh walaupun terpaksa melawan arus dan sifat begitu adalah sifat pemuda pencorak zaman.
Dalam titah Baginda yang disiarkan melalui televisyen dan radio malam ini, Baginda Sultan turut bertitah mengingatkan seluruh anggota masyarakat terutama generasi muda supaya sentiasa memelihara mutu kehidupan dengan mengikut dan mematuhi segala ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.
Baginda juga bertitah memperingati dan merayakan Hari Maulud Ar-Rasul bukan setakat berkumpul dan berdikir saja tetapi lebih penting daripada itu, titah Baginda.
"Kita buka balik lembaran kehidupan Baginda untuk dibaca dan diteliti, kemudian terus dipakai sebagai pedoman.
"Kita bersyukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan kita menyambut dan memperingati lagi Maulid Ar-Rasul Sallahu 'Alaihi Wassalam pada tahun ini.
"Kita sudah mengisi bulan ini (Rabiulawal) dengan dikir dan selawat di semua masjid, surau dan balai ibadat selain mengadakan perhimpunan dan perarakan.
"Semua ini adalah dengan niat untuk menyiarkan Islam selaku agama rasmi negara dan anutan kita," titah baginda.
Baginda bertitah Nabi Muhammad adalah contoh teladan sempurna bagi umat Islam dan umat Islam mesti mencontohi Baginda dalam segala aspek kehidupan rohani dan jasmani.
Titah Baginda Sultan seterusnya, Nabi Muhammad sudah menunaikan tanggungjawab selaku Khalifah Allah dan memberi contoh bagaimana menjalani kehidupan biasa, mencari rezeki dan bergaul dengan sahabat serta kaum keluarga.
"Semua ini meminta kita untuk mencontohi Baginda dan Baginda adalah contoh kegigihan dan kerja kuat, justeru kita sebagai umat Islam yang mahu menjadi umat yang besar, perlu mengikut jejak Baginda," titah Baginda Sultan.