LIMBARUH HIJAU 20 MACH 2008 - KEDUDUKAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan isu hak rakyat di arena politik negara yang diwar-warkan sedang melalui proses pembaharuan menjadi topik hangat perbincangan di mesyuarat ke 19 Majlis Tertinggi (MT) NDP kelmarin.
 |
Ahli-ahli MT NDP membahaskan isu tersebut berikutan pengumuman dibuat Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP untuk 'mengundur' diri sementara atas alasan tidak selesa dengan 'prosedur-prosedur' tidak jelas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkaitan aktiviti-aktiviti parti yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dan acara kenegaraan.
"Saya selaku Setiausaha Agung parti semakin menjadi keliru dalam usaha saya selama ini untuk memahami apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak ROS dari kita. Saya semakin keliru memikirkan dimana letaknya hak kebebasan kita sebagai rakyat memainkan peranan politik kita di negara yang kita cintai ini", keluh Awang Haji Aminorashid sambil membacakan surat teguran terbaru dari ROS yang diterima beliau baru-baru ini.
|
 |
Menurut beliau surat tersebut telah menegur NDP kerana pertama, tidak memaklumkan dan tidak mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari ROS untuk mengadakan taklimat Biro Mencegah Rasuah di markas parti dan kedua kerana NDP mereka dapati melibatkan penuntut dan mereka |
 |
yang bukan terdiri dari ahli Parti semasa acara perbarisan lalu sempena Hari Kebangsaan yang diadakan pada 23 Februari yang lalu.
"Pihak ROS telah meminta NDP untuk menjelaskan perkara ini dan secara peribadi saya rasa terkilan kerana apa yang kita anjurkan dengan kerjasama Biro Pencegah Rasuah semata-mata
|
menyahut seruan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar semua lapisan rakyat memberikan kerjasama menutup pintu rasuah rapat-rapat di negara ini".
"Apakah untuk menjunjung titah ini kita perlu kebenaran terlebiuh dahulu? Apakah inisiatif Biro Pencegah Rasuah untuk memberikan kefahaman megenai dengan gejala rasuah, pencegahannya dan undang-undang berkaitan kepada ahli-ahli politik harus dipersoalkan oleh sebuah jabatan yang juga berpayung dibawah jabatan yang sama iaitu Jabatan Perdana Menteri?".
Dalam masa sama saya juga merasa heran kenapa apabila NDP menganjurkan taklimat anti-dadah dengan kerjasama Biro Anti-Narkotik dan juga menganjurkan cara-cara memadam api dengan kerjasama Jabatan Bomba pada tahun lepas tanpa makluman atau kebenaran dari ROS tidak dipersoalkan?
"Begitu juga saya rasa terkilan dengan teguran mengenai dengan isu penuntut dalam pasukan NDP di acara perbarisan Hari Kebangsaan yang lalu. Tema Hari kebangsaan tahun ini berbunyi 'Tunas Bangsa'. Jelas ia memberikan penekanan kepada belia remaja dan penuntut sekolah yang menjadi pewaris negara dan bangsa".
"Penuntut-penuntut yang dikatakan ikut pasukan NDP sebenarnya adalah anak-anak ahli-ahli NDP yang tidak terlibat dengan mana-mana pasukan sekolah atau persatuan-persatuan lain. Tujuan ibu bapa mereka melibatkan mereka dalam pasukan NDP semata-mata menyokong penuh tema Hari Kebangsaan untuk mengenegahkan tunas bangsa dan menanamkan semangat nasionalisme dan patriotisme kedalam jiwa mereka".
"Apakah untuk sama-sama membantu menanamkan semangat cintakan negara dan bangsa kepada anak-anak kita juga perlu kebenaran?"
"Persoalan-persoalan ini bermain-main dikepala saya dan membuatkan saya rasa kecewa dan sedih memikirkan senario berpolitik di negara kita yang kita war-warkan sedang melalui perubahan yang posiif ini", ujar Awang Haji Aminorashid sambil dengan tegas menyatakan apa yang tersurat dan tersirat dalam surat ROS itu sangat bercanggah dengan semangat dan jiwanya untuk melihat kewujudan suasana politik yang sehat di negara ini.
Katanya teguran terbaru itu merupakan langkah tekini ROS dalam usaha memantau perjalanan NDP. Sejak NDP ditubuhkan sudah banyak teguran-teguran ROS yang kurang jelas dan saya lihat tidak perlu dibuat justeru beliau merasakan semakin kurang senang melihat sebilangan prosedur-prosedur yang dikenakan jelas mencerobohi hak asasi rakyat untuk memainkan peranan aktif dalam sama-sama mebangun bangsa dan negara.
"Justeru saya merasakan lebih baik saya berundur semantara. Saya akan bercuti panjang. Jika ini sebagai satu protes dari saya maka ianya adalah protes senyap saya terhadap prosedur-prosedur yang kurang menyenangkan ini".
"Ini protes saya kepada apa yang saya lihat usaha untuk membonsaikan tunas harapan bangsa'. Kita sudah ketinggalan di bidang eknomi dan saya lihat terdapat usaha untuk memastikan kita juga ketinggalan an lembab di bidang politik. Ini sangat menyedihkan", tegas Awang Haji Aminorashid.
Ahli-ahli MT lain turut hangat membahaskan isu yang dibangkitkan dan rata-rata memberikan pandangan pentingnya seluruh kepimpinan dan anggota parti bersatu menunjukkan rasa kurang senang parti terhadap segala sekatan-sekatan dan rintangan yang senghaja diada-adakan demi untuk memadamkan semangat kesedaran rakyat yang berdiri diatas plantar parti politik.
Mereka meluahkan pandangan bahawa dalam masa sama NDP memperkukuhkan semangat juang menghadapi segala cabaran dan rintangan, parti juga wajar mengambil pendekatan yang lebih berwibawa agar tidak mudah dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak berkepentingan yang suka melihat rakyat terus dungu, tolol serta alpha.
"Jika harapan sebilangan pihak yang berkepentingan ingin melihat kewujudan parti politik di Brunei hanya sebagai 'gimmick' demokrasi untuk ditayangkan kepada masyarakat antarabangsa, pemerhati politik dan pembela hak asasi manusia yang lain, maka dengan tegas kita katakan ianya tidak menepati semangat besar ahli-ahli NDP dan juga penyokong-penyokong yang lain yang berkongsi hasrat dengan Baginda Sultan yang inginkan rakyat Brunei menjadi rakyat yang matang berpolitik dan bertemadun bukannya rakyat dungu", tegas mereka lagi.
Justeru mereka mencadangkan agar pihak Jabatan Setiausaha Agung (JASA) meneliti sebaiknya dan menjawab dengan segera surat tersebut sesuai dengan kedudukan NDP sebagai sebuah parti politik yang mewakili hampir 2000 rakyat dan beribu-ribu penyokong dan sympahtisers yang lain yang dahagakan perubahan positif di arena politik negara.
Sementara itu di mesyuarat yang sama Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP juga mengumukan rancangan beliau untuk mengambil cuti panjang mulai hari ini. Belaiu tidak menjelaskan sebab-sebab beliau berhajat untuk bercuti dan juga tidak menjelaskan berapa lama kah beliau akan becuti.
Jabatan Setiausaha Agung juga memaklumkan ahli-ahli MT yang hadir bahawa pejabat JASA juga akan ditutup sementara mulai hari ini. (MHO)