LIMBARUH HIJAU 14 MACH 2008 - SEBILANGAN besar ahli-ahli Yang Berhormat termasuk dari kalangan menteri-menteri kabinet nampaknya tidak senang apabila isu sampah dan isu-isu yang mereka lihat sebagai isu remeh temeh diangkat di persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kali ke 4 yang telah berakhir pada Rabu kelmarin.
Isu sampah contohnya dibentangkan di Dewan MMN oleh beberapa wakil-wakil dilantik untuk mewakili daerah-daerah.
Semasa MMN ke 4 bersidang di hari ke 7, orang ramai dan penduduk di sekitar kawasan pembuangan sampah di Sungai Akar 'beriuh' (buat bising mengadu) lantaran tindakan beberapa kontraktor pembuangan sampah meninggalkan longgokan sampah-sampah yang dikutip dari persekitaran bandar dan kawasan-kawasan perumahan diluar pagar kawasan pembuangan sampah Sungai Akar.
Kontraktor-kontraktor tersebut sebenarnya tidak ada pilihan memandangkan pintu pagar masuk ke kawasan tersebut ditutup awal dan hanya dibuka pada awal pagi mengikut waktu bekerja sedangkan kontrakor-kontraktor tersebut memakai jadual pengangkutan sampah tidak mengikut waktu berkerja. Sesuai dengan keperluan awam rutin pengangkutan dari premis-premis perniagaan dan rumah-rumah hanya dilakukan sebelah tengah malam dan awal subuh.
Masalah pembuangan sampah di Sungai Akar ini bukan isu baru. Persidangan MMN ke 4 dimaklumkan kawasan pembuangan sampah di Sungai Akar yang sudah berusia 30 tahun sudah mencapai had melebihi kapisiti kawasan tersebut.
Persidangan MMN ke 4 dimaklumkan perancangan telah dibuat untuk membuka kawasan baru pembuangan sampah di Sungai Paku. Cadangan ini turut dipersoalkan memandangkan kawasan Sungai Paku sudah dimajukan untuk industri ternakan ayam dan udang, justeru akan timbul isu alam sekitar dan kesihatan.
Berhubung isu sampah dan isu-isu remeh temeh yang diangkat di Dewan MMN, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin selaku speaker menegur ahli-ahli Yang Berhormat agar tidak membawa isu-isu yang dianggap kecil ke persidangan MMN.
Beliau dikatakan berpandangan isu-isu seperti isu sampah dan permohonan-permohonan orang kampung terrlalu kecil bagi MMN yang besar itu untuk membincangkannya.
Pada hakikatnya apa yang dikatakan oleh Yang Amat Mulia dan juga beberapa wakil-wakil YB yang dilantik kerana jawatan yang turut menyokong teguran YAM Speaker itu memang betul.
Tapi dalam masa sama kenapa dan mengapa isu-isu sampah dan isu-isu yang mereka anggap kecil itu boleh menyusup masuk ke bangunan MMN yang tersergam indah yang 'melambangkan kebangaan bangsa dan negara itu' ?.
Persoalan ini perlu jawapan. Dan jawapan yang tepat boleh didapati jika mereka-mereka yang berkenaan ikhlas dan jujur mencarinya bukannya dengan 'menyapu ketepi isu-isu yang dianggap menyampah itu'.
Dalam konteks ini isu sampah dan isu-isu kecil yang lain jangan di pandang remeh kerana disebalik longgokan sampah yang tidak diurus dan berbau busuk itu ada cerita yang berkait rapat dengan bau busuk masalah yang meghambat jentera pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Setentunya jika pengurusan sampah dan isu-isu lain yang dianggap kecil dilaksanakan dengan baiknya masalah sampah dan masalah-masalah kecil yang lain tidak terangkat derajatnya ke dewan yang mulia itu.
Apa yang jelas pihak-pihak berkenaan gagal menangani isu sampah dan juga isu-isu yang dianggap kecil itu.
 |
"Persoalannya jika masalah sampah yang dianggap mereka satu isu yang kecil pun pihak-pihak berkenaan tidak boleh mengurus dengan baiknya, apakah kita selaku rakyat berasa yakin pihak-pihak berkenaan boleh mengurus dan mentadbir isu-isu yang lebih besar seperti isu pembanguinan negara yang sekarang dilandaskan diatas Wawasan Brunei 2035?", soal Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othamn ketika diminta poandangan oleh Asprasi-NDP.
"Dalam RKN 9, sejumlah BND9.5 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan negara bagi tempoh 2007 - 2012. Persoalannya berupayakah jentera pengurusan dan pentadbir yang sedia ada jika isu sampah pun sudah gagal untuk diurus dengan baiknya?".
"Kita selaku rakyat menjadi risau dengan keadaan ini", ujar sdr Morshidi sambil mengajukan pandangan berhubung sistem pemantauan yang diwar-warkan dalam buku Perencanaan Kemajuan Negara Jangka Panjang dan Wawasan Brnei 2035.
Katanya dalam buku tersebut menyentuh mengenai dengan 3 tahap pemantaun dan penilaian yang akan digunakan untuk memastikan kemajuan pembangunan negara dibawah RKN 9 2007- 2012, OSPD 2007 - 2017 dan Wawasan Brunei 2035 dilaksanakan mengikut jadual sasaran Wawasan Brunei 2035.
|
Berdasarkan buku tersebut pemantauan telah dilaksanakan di peringkat perlaksanaan projek bagi memantau dan menilai pencapaian setiap projek yang dilaksanakan menepati sasaran".
"Di peringkat kedua pemantauan dan penilaian dilaksanakan di peringkat perlaksanaan program mengunakan kaedah KPIs (Petunjuk Pencapaian) untuk memastikan keberkesanan polisi, program dan strategi pembangunan menepati sasaran yang telah ditentukan".
"Di peringkat ketiga perlaksanan perancangan akan dipantau dan dinilai untuk memastikan ianya tepat pada sasaran Wawasan Brunei 2035 melalui i) Mid Term Review (MTR) ii) Comprehensive Plan Review (CPR)".
Kita yakin jika sistem pemantauan dan penilaian ini dilaksanakan dengan baiknya semua perancangan pembangunan negara akan dapat laksanakan dengan lebih brkesan, jelas beliau sambil mencadang perlaksanaan sistem pemantaun dan penialain program pembangunan negara sepatutnya melibatkan Majlis Mesyuarat Negara.
Majlis Mesyuarat Negara sepatutnya membentuk sebuah jawatankuasa untuk turut memantau perjalanan dan perkembangan program pembangunan negara atau mewujudkan satu mekanisma untuk reviu perjalanan pembangunan negara kearah Wawasn Brunei 2035, tambah sdr Morshidi.
"Rakyat memandang kehadapan untuk melihat MMN sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang efektif dan berkesan dalam pengubalan dasar-dasar dan pemantauan pembangunan negara", tambah sdr Morshidi.
Insya Allah, dengan adanya penglibatan MMN, isu sampah tidak akan mencemari kewibawaan dewan yang mulia itu. tegasnya.
| ISU SAMPAH |
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sepandangan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin, Speaker Dewan MMN pentingnya menjaga kemuliaan dan kewibawaan MMN dengan tidak membawa isu-isu sampah dan isu-isu yang dianggap kecil ke persidangan MMN yang mulia itu.
Dalam hal ini NDP dalam dua Kongres Agung nya yang lalu iaitu pada 2006 dan 2007 telah meletakkan isu-isu sampah dan isu-isu remeh temeh yang lain sebagai usul yang tidak dibahaskan di kongres.
Jawatankuasa Usul telah ditugakan menapis dan menilai semua usul-usul di peringkat ranting dan daerah sebelum ianya dilulusakn untuk diangkat ke Kongres Agung.
Usul-usul berhubung isu sampah misalnya, akan hanya diterima sebagai usul yang tidak dibahaskan dan kongres akan hanya membahaskan isu-isu peringkat nasional seperti isu perumahan, kemiskinan, isu perkembangan perusahawan kecil dan sederhana, alam sekitar, keselamatan permakanan dan lain-lain isu besar.
Dasar NDP untuk meletakkan isu-isu yang dianggap kecil ditempatnya bertujun untuk memelihara kemuliaan kongres dari dijadikaan sebagai forum atau sesi soal jawap berkaitan isu-isu kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat daerah.
|